BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Tuesday, November 18, 2008

CERITE PANASSS!!!

cerita ini mungkin sudah ada yang mengetahui.Namun sejauh mana kah keprihatinan kita.sblm ape2 bek kite tgk lu keadaan sbnrnye..

From: i_ha8
Subject: =( ^-^ )= AbuMeow =( ^-^ )= L3 - THE NARCISSISTIC ALLAH
To: abumeow@yahoogroups .com


A good person never expects anything in return, when he does a good deed to another. He would never expect the other person to thank him for the rest of his life, nor would he curse him or hate him for not thanking him.

Now examine the concept of Allah in Islam. Muhammad said that Allah did us a favor by creating us (though we never asked him to). Then he DEMANDS that we bow before him five times a day to thank him, and please his vanity by chanting he is great (Allahuakbar) and that there is no one else besides him. He doesn't just demand, but threatens to throw us into hell if we do not do this.

If Allah is good, he would be just concerned about our happiness, not to assert his power over us and his vanity. A truly great person doesn't need others to tell him he is great and doesn't bully others in praising him only and no one else.

Also, a good person doesn't praise himself. He in fact remains humble even when his accomplishments are praised by others. Now, let us suppose that the Koran has indeed come from Allah; it is heavily with verses praising Allah. If Allah is the source of the Koran, then he has spared no effort in praising himself. He has called himself the Exalted, the Supreme, the Most Compassionate and Merciful, the Sovereign, the One, The Source of Peace, to just name a few. Not only has he praised himself, but he demands his followers to regularly chant the Koran and praise him with the most fanciful salutations. Based on this, can anyone say that he is good?



i_ha8
************************************************************************************

nah..begitulah bunyinye email yang sye trime dr individu tersebut.hayya asdiqa' wa as-sadiqati..bgaimana mahu menjawabnye?sye bknlah golongan yg bijak mahupun golongan yg hebat berfalsafah.alhamdulillah ats bantuan rakan-rakan group yang prihatin terhasillah due version jwpn.bhse inggeris dan bhse melayu.sye lebey ske jwpn dlm bhse melayu nye :D

1. Allah adalah Pencipta segalanya



Allah yang menciptakan segala yang ada di langit dan di bumi. Daripada tiada, Allah menjadikannya ada. Termasuklah manusia. Tiada yang lebih berkuasa di alam ini melainkan Allah.



2. Manusia dijadikan adalah untuk menyembah Allah



Tugas manusia adalah utk menyembah Allah. Allah jadikan daratan dan lautan, haiwan, tumbuh2an, akal untuk berfikir, semuanya dijadikan supaya manusia menjalani kehidupan dengan baik di dunia, dan dapat menjalankan tugasan dengan sempurna.



Tugas manusia hanya untuk menyembah Allah, tapi disediakan pelbagai kemudahan utk menjalani hidup di dunia ni. Bukan sekadar itu, kalau manusia dapat memenuhi tugasan dengan baik, dijanjikan pula penempatan yang jauh lebih baaaaiiikkk dari yang ada di dunia ni, iaitu Syurga.



3. Bagaimana mengenali Allah?



Allah tidak merahsiakan kenapa dia jadikan manusia. Ia bukanlah suatu yang misteri. Semuanya dijelaskan di dalam al-Quran dan Hadis yang sahih dari Nabi Muhammad. seperti yang dijelaskan di atas, tujuan manusia diciptakan adalah untuk menyembah Allah. Tapi, siapakah itu Allah? sifat2Nya? apa buktinya? Ini mesti soalan2 lazim yang mesti bermain dalam fikiran orang yang mempunyai akal.



Jangan risau, Allah tak tinggalkan kita di dunia ini tercari2 jawapannya. Allah dah siapkan jawapan. Kita boleh dapati jawapannya dalam al-Quran, di mana banyak Allah memperkenalkan diriNya dan kekuasaanNya. Kalau Allah diamkan sahaja, pasti kita tak akan kenal siapakah Allah sebenarnya.



4. Kenapa Allah perlukan manusia menyembahNya?



Ia hanyalah tugasan yang diberikan kepada manusia. Sekiranya manusia berjaya, mereka akan mendapat ganjarannya. Walaubagaimanapun, sekiranya manusia menyembah Allah ataupun tidak, ia tidaklah mendatangkan apa2 kesan kepada Allah. Allah tidak menjadi lemah sekiranya manusia tidak menyembahNya, dan tidak pula menjadi lebih kuat sekiranya manusia menyembahNya.



5. Orang baik tak akan mengagungkan dirinya, tetapi lebih bersifat rendah diri



Saya bersetuju dengan kenyataan di atas. Mereka yang bersifat rendah diri, kebiasaannya adalah mereka yang sedar bahawa mereka ini tidaklah terlalu besar untuk diagungkan. Kebanyakannya mereka ini boleh kita lihat dari golongan yang berpegang kuat pada agama. Saudara setuju?



Mereka ini sedar mereka bukanlah sempurna, mereka beringat bahawa ada yang lebih berkuasa/hebat dari mereka, mungkin juga mereka tidak mengharapkan balasan dari org lain, kerana mereka yakin akan mendapat balasan di hari kemudian.



6. Allah dan manusia tidak sama



Saudara memberi contoh antara Allah dan manusia. Ok mari kita buat perbandingan.



-Allah adalah Pencipta, manusia adalah ciptaan.

-Allah tahu segala-galanya, pengetahuan manusia terbatas.

-Allah Maha Berkuasa, dan manusia tidak mempunyai kuasa.

-Allah ciptakan haiwan, tumbuhan, air, daratan, oksigen, dan manusia mengambil manfaat dari semua ciptaan tersebut.



Setakat perbandingan ni...maka layakkah manusia berbangga diri?? Layakkah manusia yang selemah begini nak dibandingkan dengan Allah??



Sekian.

Allah lebih mengetahui.

p/s:kite amik iktibar amal dan sampaikan inshaallah

0 comments: