BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Monday, November 17, 2008

Cinta

Cinta..
Terkadang datang menejenguk hati
Mengejuk pintu sanubari
Dibayangi layangan bunga-bunga indah
Suci mengasyikkan
Mengetarkan jiwa yang dulunya keluh kesah
Kini
Jiwanya sentiasa menguntum megah
Berseri dibaluti erti keasih mengasihi

Benar
Sungguh indah cinta itu
Benar
Sungguh nikmat perasaan itu
Benar juga
Sungguh mengkhayalkan perasaan itu

Bangun! Bangkit!
Astaghfirullahal' azim....
Apa yang telah aku lakukan
Aku telah menyimpang lari
Dari landasan zikrullah hatiku
Mengingati insan dan bukannya Tuhan
Ya Allah, jutaan ampun ku pohon
Pada-M, Yang Maha Pengampun

Ya Allah!
Aku tersentak
Aku tersedar
Dari lamunan binasaku
Sungguh
Kejam, kejam diriku
Mengapa aku sanggup
Mengalihkan putihku cinta
Pada insan
Yang tak selayaknya kuberikan
Mengapa
Bukan aku curahkan
Kasih tersebut
Pada ayah bondaku, keluargaku
Jua pada-Mu Tuhan yang satu..

Sudah
Cukuplah sampai di sini teman
Kerana
Cinta itu maruah
Cinta itu amanah
Cinta itu anugerah
Yang hanya layak diikat
Dengan ikatan suci sebuah perkahwinan
Yang sememangnya
Masih terlalu jauh perjalanan
Dalam meniti usia muda seperti kita

Ampunilah aku Ya Robb
Ampunilah aku Ya Robb
Ampunilah aku Ya Robb

0 comments: