BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Thursday, January 28, 2010

Perjalanan...

28 Januari 2010


Hari ini ana pergi Shah Alam.Ada temujanji braces.Sejak sesi persekolahan tamat ini, ana akui,proses membuat braces ini menjadi mudah sedikit.Apa tidaknya.Ana tidak perlu lagi meminta tanda tangan warden untuk pulang ke rumah pada hujung minggu.Terasa lapang.Teringat pula ana 5 perkara yang rasulullah s.a.w suruh rebutkan sebelum datangnya 5 perkara.Antaranya ialah kelapangan sebelum kesempitan.Ana sedar.Selepas ini mungkin ana tidak punya masa yang lapang seperti ini lagi.Masa untuk bersantai di rumah.Bersantai dengan keluarga.Mungkin jika punya rezeki lebih ,ana akan menyambung pelajaran di luar negara[inshaallah].Ataupun dalam negara.Ya allah,kurniakanlah rezeki terbaik untukku.

Perjalanan ke Shah Alam ke rumah ana tidaklah terlalu jauh.Merely half an hour.Tetapi kalau congested.Pergh.Jenuh jugalah.Ketika dalam kereta, ana buka radio.Tidak mahu keadaan terlalu sunyi.Sudah biasa di sekolah bising-bising.hehe.Kedengaran siaran IKIM.FM sedang membuat satu muzakarah atau talk session dengan seorang wakil dari Institut Kefahaman Islam Malaysia.Berbincang tentang isu kalimah Allah.hmm.Tidak selesai lagi masalah tentang itu.Perkara ini ana kira memang perkara yang besar.Penglibatan pemimpin-pemimpin parti juga diperlukan.Ana difahamkan beberapa musyawarah telah dijalankan oleh pemimpin kita bagi membendung masalah ini.Marilah sama-sama kita menyokong pemimpin kita.

Tamat talk session itu,kedengaran DJ radio memainkan satu lagu yang tidak asing lagi dari telinga ku.Lagu Sebuah Pertemuan.Menyedihkan.Terkenang ana pada arwah Luqman Hakim.Ya Allah,berilah kehidupan yang aman baginya di sana.Jauhkan lah dia dari siksa kubur mu.Serentak juga memori ketika di Samttaj bermain di fikiran.Masih segar lagi dalam ingatan mereka menyanyikan lagu itu sebelum pemergian ana dan sahabat-sahabat dari Samttaj.Sahabatku,ana uhibbukum fillah.Semoga ukhwah kita kekal terjalin hingga akhir hayat.Seperti kata seorang sahabat,Emir;
"Death ends a life,but not relationships"
Ana melabuhkan pandangan ke luar tingkap.Bimbang ibu di sebelah perasan air mata bergenang di tubir mata.Sedar-sedar ana sudah sampai ke klinik.hmm.Ana pergi mendaftar.Temujanji ku sepatutnya 11.15 pagi.Tetapi ana mendaftar awal.Seawal 9.30 pagi.Alhamdulillah.Allah murah rezeki ana.Temujanji ana diawalkan.Duduk di kerusi dentist itu.Ana tunggu arahan doktor.Proses pada hari ini agak lama.Dalam setengah jam begitu.Seksa pun ada.Kadang-kadang apa yang doktor itu suruh menyakitkan.Apa boleh buat.Sami'na wa atho'na.Demi keselesaan masa depan.
"Maka dalam setiap kesusahan akan ada kesenangan.Sesungguhnya dalam setiap kesusahan pasti ada kesenangan"~AsSyarhu,4-5

Selesai semua, ana berhenti di gerai berhampiran.Sambil menunggu mak untuk mengambil pulang.Beli nasi lemak.Sedap.tapi kali ini agak janggal untuk makan.Nikmat makan sudah ditarik Allah.Ketika ditariklah baru kita mahu beringat.hmm.Ana tidak mampu mengunyah.Sedikit sahaja makanan yang hancur.Sedih juga.Tapi di sabarkan hati.Seperti firman allah;
"Mintalah pertolongan dengan kesabaran dan solat.Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar"~albaqara,153
Ibu tiba dalam pukul satu begitu.Ana tunggu ibu di bawah pondok telefon.Matahari agak terik tengahari ini.Tiba-tiba seorang mak cik berbangsa cina datang kepadaku.Bertanya tentang bas.Mak cik itu ku kira berumur 60+.Kasihan.Dia tidak punyai kenderaan untuk pulang.Bersyukur ana masih punya kenderaan walau tidak sehebat mana.Alhamdulillah.Mak cik itu meminta izin untuk menumpang.Ana call mak ana kerana ketika itu ibu belum sampai.Hmm.Ana yakin ibu pasti mahu menolong.

Ketika dalam kereta bersama mak cik itu,dia cerita tentang mengapa die bersusah ke klinik yang ana pergi.Kos perubatan di klinik swasta terlalu mahal.Memang.Ku lihat ibu petah bercerita dengan mak cik tersebut.Mungkin kerana pengalaman ibu pernah bersekolah di sekolah cina dahulu,ibu tiada masalah untuk berbual dengan mak cik tersebut.Terlintas dalam fikiran ana tentang 1 Malaysia.hehe.Sejurus selepas menurunkan mak cik tersebut, kereta memacu untuk pulang.hmm.

Sampai di rumah ana terus masak bubur dan bersolat.By the time i finished my solat, bubur itu sudah masak.Selera makan ku menaik sedikit pada hari ini.Petang itu ana teringin mahu makan spaghetti.Tidak tahu mengapa.Ana cakap dengan ibu.Ibu suruh ana masak sendiri.Ingatkan boleh lah merasa masakan ibu.hehe

Esok ayah akan pulang dari outstation.Pulang dari Sarawak.Rindu pada ayah.Sungguh ayah,ketahuilah.I love you!

1 comments:

azemsameer said...

heheh
rondo x hebat eh?

owh ayah balik esok.
alhamdulillah
semoga selamat smpi
ameen