BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Monday, January 25, 2010

Ukhwah kembali bertaut





24 Januari 2010

Hari itu biasa sahaja.Hari Ahad.Hari cuti untuk kebany
akan orang.ana bersyukur ana mampu cuti pada hari-hari lain juga.hehe.Namun, hari ini ana dah janji untuk keluar bersama-sama sahabat lama.Sungguh.Rindu.Gembira tatkala ingin berjumpa mereka.Perjalananku dari rumah bermula seawal 9 pagi.Sampai di stesyen bas, ana tunggu ketibaan sahabat ana, Hani.Pada awal rancangan kami ingin menaiki bas terus ke Midv
alley.Tetapi memikirkan sahabat yang sedang setia menunggu di Setia Jaya, kami turun separuh jalan untuk menaiki ktm bersama dyana.Serasa tidaka sanggup untuk membiarkan dia bertolak seorang diri.cukuplah ana sudah kehilangan kawan.Tidak mampu untuk menerima kehilangan lagi.alhamdulillah kami selamat tiba di Midvalley kira-kira jam 11 pagi.penat bai.Terus kami pergi ke ruangan pameran Midvalley.Pameran Mapcu-Mqa.[psl ipts2 la].Selepas
itu kami pergi pula melawat taman-taman haiwan.Asma' dan dyana juga afifah x tahan dengan bau busuk.hehe.apa ana kisah.haiwan itu makhluk allah.Rasa kagum dengan haiwan ciptaan allah itu.sungguh hebat.

Lebih kurang pukul 12 tengahari ana dengan hani pergi chop tempat makan di food court.penuh.orang ramai.Mungkin kerana hari ini hari cuti.
Orang mengambil kesempatan untuk berehlah bersama keluarga.Dyana,Afifah dan Asma sedang membeli beg baru untuk afifah.Mahal la juga.Tapi design nye cukup ku kenal.Persis beg makmal budak klas 5 R .ana terfikir mungkin juga dia beli beg itu di sini.Makan pula satu hal.Masing-masing cuba berjimat.tetapi makanannya.
pergh.mahal.Tapi ana x kisah berbelanja untuk makan.asal perut puas.Kami makan.makan.dan makan.Sambil bergelak ketawa.Walaupun kekasih allah dulu jarang ketawa.ish3.lagho betul.Tapi seronok.ana bersyukur punya kawan seperti mereka.tidak sanggup kiranya
ana terima pemergian mereka satu hari nanti.
Seperti yang terjadi pada salah seorang sahabat ana.Kemudian kami pergi solat.Ramai.Afifah kata surau tu dh bau kaki.memang pon.dh byk kasut.hmm.Hani pula buat masalah.heyhz.Tapi kami sedih sebab x dapat ucap selamat pulang kepada asma'.Dia terpaksa bertolak pulang kerana urusan lesen[smpai tinggalkan afifah].Kesian afifah.beria-ia dia mahu pulang dengan asma'.Tapi rezekinya dengan kami.[Pergi 2 orang balik sorunk je la pah.hehe].Kami beli ais krim baskin robin.Sedap.Puas makan.walaupun ketika itu baru je habiskan sundae cup mcD.hehe.

Kaki dah penat.Ternampak kerusi Ogawa.hehe.terasa nk duduk sahaja di situ.Kami pergi MPH.Beli buku untuk rujukan mengajar ketika tusyen nanti.Dyana pula berbelanja besar.huhu.Mahu membeli untuk adik-adiknya sekali.Juga novel yang dia mahu.[buku maksiat erk pah?hehe].Kami mencari kerusi.Untuk duduk.x jumpa.terus kami bergerak ke stesyen ktm untuk bertolak pulang.Di situ orang ramai.Terpaksa berasak untuk masuk ke dalam gerabak.Macam kacang pis dalam tin dah bai.Stesen Setia Jaya sudah tiba.kasihan pula melihat afifah di tinggal seorang.Hani, ana dengan dyana turun dari ktm.Sempat ana pinjam kan duit pada afifah.faham dia dah pokai.hehe.di stesen ana berpisah pula dengan dyana.risau mahu meninggalkan dia seorang diri di stesen.alhamdulillah dia selamat sampai di rumah.ana dan hani tiba di rumah dalam jam 6 petang.penat.memang penat.tp seronok.sekurang-kurangnya allah memberi ku peluang bergembira setelah bersedih atas pemergian sahabatku.alfatihah untuk arwah luqman hakim.Harap ukhwah ini berpanjangan sahabatku.Sesungguhnya allah berfirman
"sesungguhnya setiap muslim itu adalah bersaudara"

1 comments:

azemsameer said...

seronok pjalanan raihan
hehe