Hmm.pejam celik pejam celik , hari sudah masuk bulan februari.Siapa sangka masa berlalu begitu cepat.Rasa seperti baru semalam habis menjawab SPM.Harus beringat.Umur semakin meningkat.Semakin hampir untuk kita menemui yang Maha Pencipta.
"Demi masa.Sesungguhnya manusia dalam kerugian.Kecuali yang beriman dan beramal soleh, serta berpesan-pesan kepada kepada kebenaran, juga berpesan-pesan kepada kesabaran"~al'asr,1-3
Kalau di
review balik, banyak juga yang terjadi dalam bulan Januari.Bermula dari awal tahun, Muslim Malaysia dikejutkan dengan kes mahkamah berkenaan penggunaan nama Allah untuk pihak gereja.The herald Catholic telah memfailkan kes untuk
menggunakan nama Allah dalam gereja mereka.Beberapa demonstrasi secara aman dijalankan di masjid-masjid selepas solat Jumaat.Rentetan kes itu juga, beberapa gereja dibakar oleh individu yang cetek pemikiran akalnya.Responnya, beberapa surau di Muar
dibakar dan ada juga masjid yang ditinggalkan
kepala khinzir hutan!~Astaghfirullah.Fikir dan bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka.
Toyyib.Perkara seterusnya ialah appointment braces.Alhamdulillah.Appointment braces berjalan dengan lancar sejak tamat bersekolah ini.Namun apa yang menyayat hati ialah ketika appointment ini jugalah ana mendapat berita tentang pemergian seorang sahabat.Innalillah.Sungguh, kasih Allah terhadap hambanya mengatasi kasih kita kepada sahabat kita.
Oh.Lupa pula.Start bulan ini juga adik-adik ana mula masuk Taekwondo.Kelakar juga kadang-kadang melihat mereka.Diharapkan mereka lebih berani dan berkeyakinan selepas memasuki taekwondo ini.Teringat pula ketika zaman muda-muda dahulu.ya.Ana dahulu masuk taekwondo juga.Tetapi sejak masuk asrama.Terasa malas.Naudzubillah.
Start bulan ini juga ana mula mengajar di Pusat Tuisyen Mawar.[tahu ke?].Mungkin bayarannya tidak seberapa.tetapi bersyukur tidak terikat dengan masa kerja.Pagi free.Malam sahaja bekerja.huhu.Siapa je yang bekerja seperti itu?cakap?hehe.
Akhir bulan pula ana mendapat laptop baru.Alhamdulillah.Setelah bergelumang dengan pc yang memang cukup lama itu.Ayah kata pc itu sudah lama berdamping denganku seawal 3 tahun.Jadi dengan pc itulah ana mula mengenali dunia perkomputeran.ceh.laptop ini kata ayah lagi untuk kegunaan ku ketika foundation studies nanti.Inshaallah.Akan ku capai menara gading itu.Tapi buat masa sekarang ini, jadi bahan mainan adik-adik je la.hmmm
Pada bulan ini juga ana mendapat tawaran pengajian asasi di Universiti Teknologi Petronas.Mungkin terlalu awal kelas tersebut bermula.penilaiannya juga berasaskan percubaan SPM dahulu.Pada mulanya ana agak ragu-ragu untuk membuat keputusan samada menolak atau menerima tawaran tersebut.Tawaran pengajian Kejuruteraan Sivil.Ah tidak mahu aku.Emak sebagai graduan Civil engineer juga tidak berapa menggalakkan.Katanya nanti susah cari kerja.
Hmm begitulah perjalanan januari pada tahun ini.Mungkin tidak berapa banya pengalaman tetapi bersyukur masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk bernafas sehingga saat ini.
"Ya Allah.Panjangkanlah umurku dalam mentaatiMU dan mentaati rasulMU"