BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Monday, March 8, 2010

result..oh apakah nasibku

Beberapa lagi result SPM akan keluar.Ya.Beberapa hari lagi.Bukan bulan mahupun minggu.11 Mac 2010.Tercatat di halaman takdirku bahawa tarikh itulah yang sedikit sebanyak akan membantu ana mengecapi cita-cita.Mungkin ada yang mengatakan 'SPM itulah masa depan kita'.Mungkin ada juga yang berpendapat 'ala.SPM je.duniawi.'.Apa-apa pun,itulah usaha ku selama hampir dua tahun ana di Sekolah Berasrama penuh Integrasi Sabak Bernam.Mungkin nama sekolah ini tidak seGAH sekolah-sekolah yang dilabel berprestasi tinggi,sekolah premier mahupun sekolah kluster.Tetapi di sekolah ini lah tempat ana menimba ilmu Allah.Sedikit sebanyak dengan ilmu itulah ana guna untuk panduan hidup di atas jalanNYA.Sungguh Allah berfirman:

'Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.'~alankabut,69
Pada ketika ini,ana yakin,calon SPM 2009 pasti berdebar-debar menanti Khamis ini.Calon Spm Intesaber 2009 yang seramai 133 orang akan berhadapan dengan moment of truth ini.
Inilah keadaan SPM ketika itu.Terima kasih pengawas untuk gambar ini.

Teringat ana pada arwah sahabat ketika ini.Bagaimanalah keputusannya.Memang benar.Keputusan SPM ini mungkin tidak lagi penting buatnya.Sedeqah Alfatihah itu die lebih perlukan.~alfatihah.Ana yakin.Arwah pasti memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM nya.Melihatkan dengan usaha yang telah arwah lakukan.Straight A's mungkin milik arwah.Mungkin kejayaan straight A's yang bakal diperoleh[inshaallah] oleh arwah harus dibayar dengan nyawanya sendiri.Namun itu cuma assumption ana.Penilaian manusia yang dipalit nafsu.Hikmah yang sebenar hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Kepada sahabat,marilah kita sama-sama berdoa seperti ketika saat-saat terakhir kita di sekolah,mendoakan kejayaan untuk sahabat-sahabat kita yang kini tinggal 132 orang.Semoga Allah memberi yang terbaik setelah kita berusaha.Semoga Allah permurahkan rezeki kita semua,132 orang.
'Ya Allah.Sesungghnya kami telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan SPM 2009.Maka kau berilah kepada kami seramai 132 orang kejayaan yang terbaik,dari sisi ENGKAU'

6 comments:

azemsameer said...

em..
sedih la

raihan-yasminna said...

usah la sedey2
adei

Izzati said...

raihan,
kita tetap 133..
walau jasad dah tiada..
keputusan dia masih kita perlukan untuk naikkan nama batch..
allahummaj'alna minan najihin wal faizeen..

tarbond said...

weh, cmne ko le amek gambor ni?? ko x amek exam ea??? lollol

raihan-yasminna said...

izzati:hmm.instinct rse cm die cmrlg je.doa utk kesejahteraan die je di sana
syirul:jelas nyata dn trg tertulis kat situ.pengawas yg amekkan.duuuu~

tarbond said...

owh.. ak x bc laa.. ko tulis panjang brejela2.. XD
gudluck r.. insyalla.. terbaek pny..