BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Sunday, April 11, 2010

The end of school life~

10 April 2010.Tercatat dalam sejarah pelajar cemerlang SBPI Sabak Bernam akan menerima anugerah kecemerlangan berdasarkan pencapaian mereka pada tahun 2009.Alhamdulillah.Kejayaan SPM ini ana peroleh berdasarkan dengan usaha ana selama 2 tahun die SBPI Sabak Bernam.Begitu juga dengan mereka yang lain.Mereka menikmati 'buah'nya setelah menanam benihnya.Seperti kata pepatah inggers

'what u shall reap u shall sow'
Benar,kejayaan merupakan satu nikmat kepada manusia.Tetapi kita juga perlu beringat.Kejayaan ini juga bisa menjadi satu ujian,terkadang boleh mendekatkan.Terkadang boleh menjauhkan dari mengingati pada YANG ESA.Kejayaan itu semua adalh milik Allah.Kepada yang tidak mendapat apa yang dihajati,sememangnya sukar untuk men'digest' perkara tersebut.Bersabda Rasul Allah S.A.W di dalam hadisnya;
'Manusia sentiasa mengaku apa sahaja yang ada adalah milik mereka. Hakikatnya apa yang dimakan dan diminum akan habis serta apa yang dipakai akan rosak binasa.Namun harta yang disimpan, iaitu harta yang disedekahkan itulah yang akan menjadi milik mereka'~HR Abu Hurairah RA
Harus diingatkan bahawa Allah tidak memberi apa yang kita mahu.Tetapi memberi apa yang kita perlu.Gagal di dalam peperiksaan tidak bermakna anda gagal dalam hidup.Malah di dalam kubur pun ,malaikat tidak akan bertanya tentang soalan 'Biology' mahupun soalan Fizik.Namun berusahalah sehabis mungkin bagi mencapai kejayaan mahupun di dunia dan di akhirat.
'Apabila mati seorang anak Adam, 3 perkara akan mengiringinya ke kubur.2 perkara akan kembali manakala satu perkara akan mendampinginya di kubur.2 perkara iaitu anak isteri seta hartanya akan kembali.Yang tinggal dan yang akan mendampinginya hanyalah amalannya,samada amalan kebaikan atau amalan kejahatannya'~Sabda Rasul Allah


Dalam majlis tersebut, penerima anugerah emas diumumkan.Penerima anugerah ini kebiasaanya bukan calang-calang orang.Mereka harus bergiat aktif dalam kokurikulum dan akademik serta rekod sahsiah yang baik.Saudara Haniz Iqbal diumumkan sebagai penerima anugerah tersebut.Ana dapat melihat ayahnya menangis saat anaknya diumumkan.Betapa besarnya pengorbanan ibu serta ayahnya bagi memastikan anak mereka membesar dengan sempurna

Ana mengambil peluang bertemu dengan sahabat-sahabat lama.Beberapa yang ana ingatlah;
  • Izzati Rahim
  • Maryam Shuhada
  • Nurul Hanis
  • Zahratul Jannah
  • Hanis Hafizah
  • Nur Atikah
  • Zayani Syazwan
  • Arif Firdaus
  • Nabiella Zainal
  • Nurhidayah
  • Ezrin
  • izzati Ariffin
  • Haziman Hamdan
  • Dan beberapa yang tak larat ana nak taip
Mungkin kami x dapat plak,tapi kemi bersyukur dengan kejayaan ini

Izzati, ana, Myra

Graduan Spm 2009 :D

Front seat itu XD

Pertemuan singkat itu sedikit sebanyak melunaskan rindu yang berkumpul di kalbu.Marilah bersama kita doakan semoga Allah berkati ukhwah yang terbina ini serta kejayaan kita bersama di dalam interview, di dunia dan di akhirat kelak.Kerana Allah telah berfirman;
'Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara'~Alhujurat,10
'Dan janganlah kamu berpecah-belah serta berselisih sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas.Mereka itulah orang-orang yang akan mendapat seksa yang berat'~Alimran,105

Wednesday, April 7, 2010

Ziarah sbntr,

Rasa macam dah lama x jenguk blog ana ini.Ana rasa seperti malas hendak menaip apa2.Bukan kerana malas.Kebelakangan ini ana sibuk mengisi borang2 utk kemasukan ke Universiti.Baru-baru ini ana dipanggil untuk temuduga pada 14 April nanti.Semoga berjaya hendaknya.30 Mac lepas ana telah menghantar borang premohonan belajar perubatan di Mesir anjuran MAIS.Tengoklah pada rezeki.Semoga beroleh yang terbaik dari sisiNYA.


Friday, April 2, 2010

TAGGED by dyana,shahir and spe2 nme yg x dsbutkan*sigh*

ok lah.memandangkan sume pon dh demam tag mengetag yg x de pekdah nie[naudzubillahi min zhalik],ana pon wt la *semata2 mls nk update blog*[mentang2 copy paste je]


1. my real name is Nur Raihan binti Che Mohd Roslan.not raihan yasminna owhkay?

2. im a doctor-to-be in year 2017[any objection?]

3. i hate people who is a freak yg backstab org and pike diri tersgt lah lebey bgus dari org lain

4. im on the mood to study medicine.huhu[inshaallah]

5. i love to have a
IPHONE 3G S*penantian satu penyeksaan*[jgn jeles ye shahir,amin.hehe]

6.im mixed blood of o+ and b+



tag person :
  • izzati
  • zahra
  • dyana
  • azem
  • luqman[jgn tanye lg luqman yg mne erk]
  • husna najihah
  • lutfi
  • izzati ariffin
ps : x de kje tol la bnde nie