BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Friday, January 30, 2009

Berakhirnya sebuah Januari

Masa terus berlalu pergi.Pejam celik,pejam celik, dh abes bulan januari.Sejak 2008 menutup tirainya,byk perkara baru yg ana tempuh sepanjang tempoh sebulan itu.Pulang ke sekolah bersama azam baru.sungguh sedih mak x dpt ikut bersama menghantar ana ke sekolah kerana menghantar adik ke sekolah juga[blaja lek lok ye dik].Menangis juga ana pd petang itu.hihi.Mlm pula diadakan bacaan yasin sbg pendinding[inshaallah].

Minggu itu pula masing2 sibuk menghabiskan kerja skola yg cikgu bg pd thn lps.wa3.rupenye sume 2 kali 5 saja.Akhir minggu pula dijalankan keceriaan kelas.dlm masa yg sama cikgu Salina mengkhabarkan berita netball tournament kpd sume pemain.aduuu.mslh nie.kekangan masa.Mahu x mahu terpaksa juga training.Padang pada masa itu sedang di perbaiki.hohoho.Masing2 main dkt tepi2 je la erk.Clash dgn bdk rugby.wa3.Jumaat itu Cikgu Faris memberi tugasan folio[again..aaarrggghhhh] tentang idola sukan masing2.

Kemudian datang pula minggu yg seterusnya.Minggu yg tercatat di dalam taqwim skola.Kedatangan adik2 baru.Orientasi pula bermula.Ramai la yg x msok klas.alhamdulillah ana x perlu skip PnP.Minggu itu juga cikgu uar2kan tntg larian integrasi aka road run.huhu.acara yg palink ana x ske.ku sangkakan x perlu berlatih sbb kne wt training ptgnye.Tp sangkaanku meleset.aduu.Pengetua br ini terlalu byk prinsipnya.Latihan sebanyak 4 kali itu alhamdulillah telah menambah stamina ana.alhamdulillah.Tp bagaimana nasibku utk netball?pning2.rse x mahu msk pon ade.sumenye terlalu awl utkku.Program Mpsr utk tingkatan satu juga menambah sesak di dlm otakku.rse mahu menjerit.tp di sbrkan hati.dikuatkan iman dlm hati[hohoho..glaba].Tp dlm mse yg same seronok juga dpt berkenalan dgn mrk ini.Mcm2 ragam.wa3.melihat mrk berlari ke sana ke mari.Serasa mahu memiliki ank sdiri[adei].Pd minggu yg sama juga ana dpt berkenalan dgn org bru,Zaqwan Ahmad,hahaha.SMe form tp x prnh jumpe.Trimas la kpd saudari afiqah sbb knlkan.ngah3.

Alhamdulillah.peranan ana utk program Mpsr sudah selesai.Skrg focus dlm klas plak.Sedarlah raihan.Kamu nk SPM!!!.Tp nagntok juga dlm klas.ish3.stay up pon x menjadi.Dlm mse yg sme,sistem rumah semakin hangat.Masing2 menanam tekad ahu mng dlm road run.yea!minggu yg sme juga pelajar2 di bnrkan pulang Jumaatnya.Berbunga2 hati.hohoho.Saudari fatehah mengumumkan tempahan bas.Lega dpt tempah satu seat.klo x maut gue.alhamdulillah.AKhirnya hari yang di tunggu2 tiba.Debaran di dada semakin kencang.Ana mengusap kasut putih ana.Mengetahui 'ia' akan kotor nnt.dipalit lumpur.Tembakan dilepaskan.aarrrggghhh..tggu la ana abes ikat ksot lu.tertggl agk jaoh pd mulenye.Lari punye lari.alhamdulillah dpt no 19.[sdey sbnrnye].Tamat sglenye,bas pon smpai.waaa..excited thp gaban r.x mandi ape sume.tros nek bas.dan ya.tertidur utk beberape ketika.Dlm mse yg sme bersyukur sglenye brjalan dgn lancar.Smpai di stesyen,mak amik.Adek pulak lmbt smpai.waduu2.serasa mahu baring sje di lantai stesyen tu.capek bangat!

Sbg konklusi utk bln Januari ini,byk perkara br yg ana dpt,yg ana blaja, dan ana lalui.Perubahan peraturan skola.png kne ats 2.5 whoa.klo x, x lps nk klua skola.adei.Juga program PsP diperkenalkan di sini.Pengawas bergerak lbey aktif.Badar.JUga PRS.ngah3.Ahli redaksi lps cuti nie akan mengadakan lwtn ke Terengganu.Juga Kelantan.Tringat pula ana pd ulangtahun kelahiran beberapa rakan ana.Aisyah Ideris,Izzati Ariffin,Amira,Wyrda juga Syazwan.Berita tntg serangan ISrael ke ats Gaza juga turut menyentuh perasaanku.Bgaimana umat islam dikecam.Saudara Syazwan juga menceritakna tntg satu selipar jepun.klik di sini untuk melihat[sape soh bli yg mura punye] yg ditulis nme Allah.MashaAllah.Smpai begitu skali kafir mahu mengecam Islam.Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kpd mereka ini.Ameen.Currently ana sdg mendgr satu lgu nyanyian etana[lagho btol].Tertarik ana pd satu lyricnye."Most people fight for power,not peace".Fikir2kan la.Di samping itu,panjatkan kesyukuran krn dpt hidup di ngre yg aman spt ini.ALhamdulillah.

Sunday, January 25, 2009

Teka-teki Imam Ghazali

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

Friday, January 2, 2009

“Ustaz, bagaimanakah caranya untuk saya mengelakkan diri daripada bercinta semasa belajar? Apakah kaedah yang boleh digunakan?”, tanya seorang peserta kepada saya di dalam ceramah Aku Terima Nikahnya, anjuran Nisa’ WP tempoh hari.
“Oleh kerana kita sudah berbicara tentang kuasa cinta, maka saya berpandangan, cinta tidak boleh dilawan dan tidak boleh dilayan. Untuk menjadi mangsa kuasa cinta, tidak perlu melayan cinta, sebaliknya melawan cinta juga sama kesannya”, saya memberikan jawapan.
Saya bukan Profesor Serba Tahu yang ada jawapan untuk semua soalan. Maka jawapan-jawapan saya lebih kepada perkongsian. Mana yang baik, jadikan teladan. Mana yang buruk, jadikan sempadan.
Soal melayan cinta, memang tidak sukar melihat akibatnya. Sudah banyak kali saya perkatakan sebelum ini berkenaan kesan melayan cinta tanpa kebarangkalian cinta itu mencapai perkahwinan.
Tetapi soalnya kali ini ialah perbuatan melawan cinta.
Peserta tersebut bertanyakan kepada saya, apakah dengan mengelakkan diri daripada mendengar lagu cinta termasuk nasyid cinta, maka dirinya boleh terelak daripada terjebak ke dalam cinta.
Hakikatnya, cinta tidak perlu dilayan atau dilawan. Hanya dengan mengingatinya dengan cara apa sekali pun, seseorang itu sudah pun duduk di bawah pengaruh cinta. Mengingati cinta lalu melayannya, ada akibat yang kita sedia maklum. Mengingati cinta lalu melawannya, juga ada kesan yang tidak baik.
“Macam mana cara orang melawan cinta?”, saya bertanya.
Peserta tersenyum-senyum. Begitu juga dengan penyoal.
“Bercakap kasar dengan lelaki atau bercakap pedas dengan perempuan?”, saya mengemukakan cadangan tentang cara biasa melawan cinta.
MELAWAN CINTA
Biasa benar saya bertemu dengan muslimat yang mahu melawan cinta, bercakap dengan lelaki seperti seorang askar bertitah kepada anak buahnya. Kalau sekali pun al-Quran menganjurkan perempuan supaya jangan melunakkan suara ketika bercakap dengan lelaki ajnabi, tidak pula sekali-kali al-Quran mengajar alternatifnya begitu.
Cakap biasa sudahlah.
Jika sudah biasa bercakap kasar dengan lelaki kerana kononnya sedang memerangi cinta, lama-lama sudah bercinta dengan suami pun masih terbiasa bercakap kasar. Itu penangan melawan cinta.
Sama juga dengan yang lelaki.
Kalau melawan cinta itu caranya ialah dengan me’laser’ perempuan, bercakap yang pedas-pedas hingga teresak-esak setiap perempuan yang berurusan dengannya, hati-hati! Jangan pula selepas berkahwin nanti pun, bermulut pedas kerana pengalaman bujang menentang cinta, lebih lama dari pengalaman kahwin menyuburkan cinta.
MENGELAK CINTA
Habis, apa caranya untuk mengelakkan diri dari bercinta?
Oleh kerana lawan pun kena, layan pun sama… maka cara terbaik mengelakkan diri dari cinta di luar masa, ialah dengan MELUPAKANNYA.
Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!
Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.
Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.
Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat “memberi”.
Sibukkan diri dengan kerja dakwah, kerana dakwah bukan boleh berhasil terus dengan kesediaan. Ia memerlukan latihan, pendedahan, proses buat betul dan buat salah… dan zaman pelajarlah masa terbaik untuknya.
Apabila tiba masa untuk berumahtangga, barulah masukkan cinta dalam agenda ketika diri sudah pun biasa dengan kesibukan, iaitu realiti sebenar kehidupan yang jauh dari angan-angan.

p/s:trime kasih kpd saudara izani abdullah
~artikel ini di ambil darihttp://www.saifulislam.com...