BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Wednesday, September 7, 2011

layyinul harir

Selembut sutera.Itu perwatakan sebenar yang dianugerahkan oleh Allah kepada setiap perempuan.Kelembutan dalam diri perempuan itu fitrah.Kelembutan itu diberi agar mampu melembutkan hati seorang anak lelaki, mendamaikan hati seorang lelaki bernama suami. Terlalu banyak perwatakan dalam diri seorang perempuan yang seorang lelaki tidak akan mampu memahami.


Redha
Perwatakan seperti ini banyak diberikan pada perempuan berbanding lelaki. Dengan keredhaan, hati seseorang akan lebih terbuka menerima sesebuah musibah yang datangnya dari sisi Allah bertujuan untuk mengingatkan kita kembali tujuan asal penciptaan manusia di atas muka bumi.
"tidak aku ciptakan jin dan manusia selain untuk beribadat kepada Ku"~az-zariyat,56
Redha ini dipercayai sebagai tahap tasawwuf paling tinggi,memintasi sabar dalam list tersebut.Kita letak analogi untuk lebih pemahaman.Seorang perempuan dikurniakan seorang suami.Mungkin bukanlah se handsome seperti lelaki lain.Tua pulak tu.Tetapi bagaimana dia redha dengan ketentuan tuhannya, menerima lelaki tersebut seadanya?

Pemaaf
Bukan mudah untuk memaafkan seseorang.Pernah dengar quote ini?
"a woman gives and forgives,but a man gets and forget"
Wanita diciptakan penuh dengan emosi.Dengan emosi tersebut dia mampu menyayangi dengan lebih baik.Mampu menyayangi anak-anaknya berbanding seorang ayah.Wanita juga dikurniakan 9 emosi serta satu akal.Tetapi bagaimana satu akal itu mampu mengawal 9 emosi tersebut.Bukan sahaja itu,bahkan menjadi pemaaf pulak tu? Subhanallah disitulah hebatnya ciptaan Allah pada diri seorang wanita.

Rasanya cukuplah 2 perkara di atas untuk dibincangkan.dah kalau 3 sebab,4 sebab.panjang org nk bace.mu nak bace?boring pulok.untuk bincangkan semua memang x cukup ruang kat sini.tapi apa yang ingin diperkatakan,hargailah seseorang selagi dia masih ada.Kerana kita tidak tahu what the future holds for us.sekian wallahualam.

Monday, August 22, 2011

sweet escape


Hari ni,alhamdulillah dgn mudahnya mak saya bagi saya bawa kereta sendiri.Sebelum tu, macam biasalah buat baik sikit dgn dia, jd rajin daripada biasa.Then im off to pay my bill di Subang Parade.


Mula-mulanya mcm biasa.Lalu jalan biasa. Then i dont know which part is my mistake, termasuk entrance to KL.I repeat. Ke KL.*u know when i mention KL,it is gruesome condition.*Crap.Aku mengucap banyak-banyak.Salah aku juga konsentrasi ku tidak 100% pada jalan raya.Sakit juga nak escape federal highway tu.Entah celah mana jalan yang saya lalu,it took me about 1 hour to find sunway pyramid.Then i can trace my way back.

Tapi itu semua x berhenti sampai situ.Then i dont know what happen.sedar2 lori besar itu dah hon2.BINGIT lah.Tp aku x dapat bantu.mata aku terlalu mengantuk.I need my sleeps now.tp destinasi yang mahu dituju belum sampai.Masa lori tu jugak lah i almost bump to the divider.

can you imagine this kind of truck hit ur car?

Masa tu,hanya allah jd saksi.Hanya Allah penyelamat.Selepas kejadian itu, aku istighfar banyak2.aku lalai.Benar aku banyak lalai selama ini.Tapi DIA sentiasa mengingatiku.Aku je yg slalu lupa kannya. :(

Selesai urusan kat Subang parade,aku pulang.Dalam keadaan hujan lebat*u know the condition when the wiper is not effective at all and kete depan x pasang lampu hazard and sgt slow?serious it sends me chills to the bones ble tringat blk.lebat shadid hujannya*

I didnt tell my mom about this incident.So that she will not 'gantung' my lesen or something.or rather x mahu dia risau berlebihan.All i can say is bersyukur padaNYA kerana aku diberi peluang untuk menikmati ramadhan sehingga saat ini

Sunday, August 21, 2011

Secebis perasaan



Marah.Benci. Satu perasaan yang tidak enak yang selalu terbuku di sudut hati anak-anak adam. Sungguh marah itu tidak lain hanya dari pupukan syaitan.Marah itu fitrah. Namun perlu dibendung agar tidak mengundang masalah.


Marah. Ramai yang tewas di medan perjuangannya.Sedangkan sunnah sudah di tinggalkan bagi membimbing kita dari pengaruh amarah. Rasul Allah pernah menerangkan tentang marah.
'Kemarahan itu daripada syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu daripada api. Api hanya dapat dipadamkan dengan air. Apabila marah oleh seseorang dari kamu, maka berwudhu'lah'~muttafaqun alaih
Ada juga yang menerangkan cara-cara mengendalikan marah.
'Dari Abu Dzar al-ghifari: Rasul allah pernah menyatakan kepada kami: Apabila marah dari seseorang dari kamu semasa berdiri,hendaklah dia duduk supaya reda kemarahannya. Andai tidak hilang juga, maka hendak lah dia berbaring'
Semoga dengan penulisan ini, akan terkesan di hati penulis terutamanya akan bahaya kemarahan. Sungguh marah kita pada seseorang tidak lain hanyalah marah pada saudara kita sendiri.



wallahualam
p/s:mmg saya tgh marah.but i 've moved on.alhamdulillah