BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Thursday, January 28, 2010

Perjalanan...

28 Januari 2010


Hari ini ana pergi Shah Alam.Ada temujanji braces.Sejak sesi persekolahan tamat ini, ana akui,proses membuat braces ini menjadi mudah sedikit.Apa tidaknya.Ana tidak perlu lagi meminta tanda tangan warden untuk pulang ke rumah pada hujung minggu.Terasa lapang.Teringat pula ana 5 perkara yang rasulullah s.a.w suruh rebutkan sebelum datangnya 5 perkara.Antaranya ialah kelapangan sebelum kesempitan.Ana sedar.Selepas ini mungkin ana tidak punya masa yang lapang seperti ini lagi.Masa untuk bersantai di rumah.Bersantai dengan keluarga.Mungkin jika punya rezeki lebih ,ana akan menyambung pelajaran di luar negara[inshaallah].Ataupun dalam negara.Ya allah,kurniakanlah rezeki terbaik untukku.

Perjalanan ke Shah Alam ke rumah ana tidaklah terlalu jauh.Merely half an hour.Tetapi kalau congested.Pergh.Jenuh jugalah.Ketika dalam kereta, ana buka radio.Tidak mahu keadaan terlalu sunyi.Sudah biasa di sekolah bising-bising.hehe.Kedengaran siaran IKIM.FM sedang membuat satu muzakarah atau talk session dengan seorang wakil dari Institut Kefahaman Islam Malaysia.Berbincang tentang isu kalimah Allah.hmm.Tidak selesai lagi masalah tentang itu.Perkara ini ana kira memang perkara yang besar.Penglibatan pemimpin-pemimpin parti juga diperlukan.Ana difahamkan beberapa musyawarah telah dijalankan oleh pemimpin kita bagi membendung masalah ini.Marilah sama-sama kita menyokong pemimpin kita.

Tamat talk session itu,kedengaran DJ radio memainkan satu lagu yang tidak asing lagi dari telinga ku.Lagu Sebuah Pertemuan.Menyedihkan.Terkenang ana pada arwah Luqman Hakim.Ya Allah,berilah kehidupan yang aman baginya di sana.Jauhkan lah dia dari siksa kubur mu.Serentak juga memori ketika di Samttaj bermain di fikiran.Masih segar lagi dalam ingatan mereka menyanyikan lagu itu sebelum pemergian ana dan sahabat-sahabat dari Samttaj.Sahabatku,ana uhibbukum fillah.Semoga ukhwah kita kekal terjalin hingga akhir hayat.Seperti kata seorang sahabat,Emir;
"Death ends a life,but not relationships"
Ana melabuhkan pandangan ke luar tingkap.Bimbang ibu di sebelah perasan air mata bergenang di tubir mata.Sedar-sedar ana sudah sampai ke klinik.hmm.Ana pergi mendaftar.Temujanji ku sepatutnya 11.15 pagi.Tetapi ana mendaftar awal.Seawal 9.30 pagi.Alhamdulillah.Allah murah rezeki ana.Temujanji ana diawalkan.Duduk di kerusi dentist itu.Ana tunggu arahan doktor.Proses pada hari ini agak lama.Dalam setengah jam begitu.Seksa pun ada.Kadang-kadang apa yang doktor itu suruh menyakitkan.Apa boleh buat.Sami'na wa atho'na.Demi keselesaan masa depan.
"Maka dalam setiap kesusahan akan ada kesenangan.Sesungguhnya dalam setiap kesusahan pasti ada kesenangan"~AsSyarhu,4-5

Selesai semua, ana berhenti di gerai berhampiran.Sambil menunggu mak untuk mengambil pulang.Beli nasi lemak.Sedap.tapi kali ini agak janggal untuk makan.Nikmat makan sudah ditarik Allah.Ketika ditariklah baru kita mahu beringat.hmm.Ana tidak mampu mengunyah.Sedikit sahaja makanan yang hancur.Sedih juga.Tapi di sabarkan hati.Seperti firman allah;
"Mintalah pertolongan dengan kesabaran dan solat.Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar"~albaqara,153
Ibu tiba dalam pukul satu begitu.Ana tunggu ibu di bawah pondok telefon.Matahari agak terik tengahari ini.Tiba-tiba seorang mak cik berbangsa cina datang kepadaku.Bertanya tentang bas.Mak cik itu ku kira berumur 60+.Kasihan.Dia tidak punyai kenderaan untuk pulang.Bersyukur ana masih punya kenderaan walau tidak sehebat mana.Alhamdulillah.Mak cik itu meminta izin untuk menumpang.Ana call mak ana kerana ketika itu ibu belum sampai.Hmm.Ana yakin ibu pasti mahu menolong.

Ketika dalam kereta bersama mak cik itu,dia cerita tentang mengapa die bersusah ke klinik yang ana pergi.Kos perubatan di klinik swasta terlalu mahal.Memang.Ku lihat ibu petah bercerita dengan mak cik tersebut.Mungkin kerana pengalaman ibu pernah bersekolah di sekolah cina dahulu,ibu tiada masalah untuk berbual dengan mak cik tersebut.Terlintas dalam fikiran ana tentang 1 Malaysia.hehe.Sejurus selepas menurunkan mak cik tersebut, kereta memacu untuk pulang.hmm.

Sampai di rumah ana terus masak bubur dan bersolat.By the time i finished my solat, bubur itu sudah masak.Selera makan ku menaik sedikit pada hari ini.Petang itu ana teringin mahu makan spaghetti.Tidak tahu mengapa.Ana cakap dengan ibu.Ibu suruh ana masak sendiri.Ingatkan boleh lah merasa masakan ibu.hehe

Esok ayah akan pulang dari outstation.Pulang dari Sarawak.Rindu pada ayah.Sungguh ayah,ketahuilah.I love you!

Wednesday, January 27, 2010

Who's fault is this?

27th January 2010


Hari ini, ana dikejutkan dengan berita khinzir yang dibungkus di dalam plastik dan ditinggalkan di 2 masjid.Satu di wilayah persekutuan dan satu di Petaling Jaya.Ana mula terfikir.Apakah natijahnya manusia melakukan perkara yang keji seperti ini.Bukankah kita mampu menangani masalah ini dengan lebih baik.Ana membuat spekulasi.Mungkin perkara ini berbangkit dari kes pihak gereja mahu menggunakan nama Allah bagi pihak mereka.The Herald Catholic[x pasti nmenye btol ke x] memfailkan kes ini pada awal Januari lalu dan berhakimkan seorang cina.

Bukan tujuan ana untuk membangkitkan isu perkauman.Negara kita bebas beragama.Tetapi untuk menggunakan nama Allah bagi pihak kamu,ketahuilah pihak kristian.Allah tuhan kami.Yang kami sembah dan tiada tuhan selainNYA.Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan.Tetapi pihak kamu membuat spekulasi bahawa Isa itu anak tuhan.Kami tidak mampu terima itu.Kerana kebenaran telah diperkatakan sendiri oleh Allah di dalam nasNYA;
"Katakanlah(Muhammad) Allah itu esa.Allah itu yang dituju(untuk meminta pertolongan).DIA tidak beranak dan tidak diperanakkan.Dan tiada satu pun yang menyerupai DIA"~alikhlas,1-4
Menurut kehakiman dalam islam juga,seorang hakim itu perlulah beragama islam.Khusus untuk mengendalikan perkara berkaitan agama islam.
"..Bagimu agama kamu, dan bagi ku agama ku"~alkafiruun,6
Teringat pula ana akan reaksi pada mula perkara ini mula tersebar.Kejadian membakar gereja berleluasa bermula 8 Januari 2010.Bukankah pada zaman rasulullah s.a.w dahulu telah Allah gariskan panduan untuk berperang.
  • Dilarang membunuh wanita dan orang tua juga kanak-kanak
  • Dilarang memusnahkan tumbuhan
  • Dilarang menyerang dan memusnahkan rumah ibadat orang kafir
Perkara ini jelas menunjukkan betapa pendeknya akal mereka dalam membuat pertimbangan.Mengikut perkiraan ana, mereka yang membakar gereja pada mulanya cetek penghayatan islam.Apakah perbuatannya itu dikira mempertahankan maruah islam?Lihatlah kesannya sekarang.Orang mula menyerang kembali mendakwa membalas kembali apa yang telah orang buat terhadap rumah ibadat mereka. Meluat pula ana mahu membaca berita tentang ini.

Kepada sahabat-sahabat,berfikirlah sebelum bertindak.Apakah perbuatan kita akan membawa kesan yang baik atau buruk.Diharap perkara ini tidak akan berlaku lagi.Bersama lah kita membendung masalah perpaduan ini.seperti kata pepatah inggeris
"United we stand, divided we fall"

Because it's worth to be HIS servant

27th January 2010


Right now I'm buliding up my strength.Rationalizing my mind.Digesting the truth.Training myself to be a strong person.Something came up in my mind.It was HIS word.Convincing HIS servants to keep moving on.Never stop even once.Until you reach the end.
"Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan,
maka dia akan berkata:
'Tuhanku telah memuliakanku'
Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata:
'Tuhanku menghinakanku'"~Alfajr,15-16
Don't feel like that.Allah is the most merciful.The most generous.Allah knows what the best for us.Sometimes we feel like that was the worst thing to happen.But for Allah,that was the best thing to happen.Seperti firmanNYA;
"Diwajibkan atas kamu berperang,
padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"~Albaqara,216
Akan ada yang datang dan akan ada yang berlalu pergi.
Manusia itu akan datang dan pergi.
Harta itu akan datang dan pergi.
Kesedihan itu akan datang dan pergi.
Masalah itu juga akan datang dan pergi.

Tetapi, akan ada juga yang datang
dan tidak akan pernah berlalu pergi.
Siapa?

Allah
Ya, Allah sayang.
Allah

Allah dan datang dan tidak akan pergi
Allah akan tetap di situ
sekalipun kita melupakanNYA.
Allah tidak akan pernah meninggalkanmu dan tidak pernah berpaling darimu
Allah akan terus memerhatikanmu
Setiap gerak gerimu
Setiap kata yang terucap dari bibirmu
pekerjaan yang kamu utamakan melebihi dariNYA
naudzubillahi min zalik
Allah ada setiap masa untukmu
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,maka (jawablah),bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku)dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,agar mereka selalu berada dalam kebenaran."~albaqara,186

p/s:fikir dan zikir.wallahualam

Tuesday, January 26, 2010

Tiada lagi tangisan.Hanya keredhaan.Dan doa


27 Januari 2010

"Andai mati anak Adam itu, maka terputuslah segala hubungannya dengan dunia kecuali 3 perkara, sedeqah jariah, ilmu yang bermanfaat yang disampaikan olehnya, dan doa dari anak soleh"~HR Muslim
Jika benar perkiraanku, hari ini genaplah 7 hari sudah sahabat kita meninggalkan kita untuk meneruskan perjuangan di dunia ini.Siapa sangka kita mampu membina ketabahan menerima pemergiannya sehingga hari ini.Alhamdulillah.Benarlah firman allah,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya"~albaqara,286
Masih segar dalam fikiran kali terakhir ana terserempak dengan arwah di Stadium Melawati.Masih sihat.Tiada tanda-tanda arwah akan pergi.Tetapi arwah pergi dengan senang.Tiada seksaan.Tiada sakaratul maut.Mengikut laporan sahabat,Afiq Hannan, arwah terlibat dalam kemalangan di jalan Setia Alam .Pada ketika itu arwah sedang bekerja di Stesen Petronas di kawasan tersebut lah[x pasti kat mne].Pada hari tersebut,didakwa arwah mendapat advance[bonus kot] dan ingin menyimpan wang tersebut di bank.Arwah menaiki motor.Kebetulan klip helmetnya rosak pada ketika itu.
Siapa tahu, allah maha menentukan segalanya.Arwah dilanggar dari belakang.tercampak dari motor dan rebah ke tanah.Menurut laporan doktor yang ana terima dari sahabatnya, saudara luqman cuba melindungi kepalanya tetapi gagal.Tangannya patah.Kepalanya terhentak.Tiada kecederaan di tempat lain melainkan pendarahan di otak.Sahabat yang kebetulan di situ melaporkan arwah terbaring di jalan.Menggelupur sedikit.Tidak dapat ku bayang dahsyatnya keadaan ketika itu.
"Adakah manusia itu akan dibiarkan sahaja dengan mengatakan 'kami telah beriman', sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."~al ankabut,2-3

Mungkin itulah hikmahNYA.Mak arwah seorang doktor.Mungkin dengan cara ini maknya boleh menerima cara pemergian anak tunggal lelakinya.Pemergiannya mungkin kerana tidak mahu menyusahkan keluarganya, sahabatnya, juga jiran tetangganya untuk menjaga arwah andai dia sembuh.

Ana dimaklumkan oleh sahabat arwah,sebelum pemergiannya, arwah mengajak kawan-kawan berdekatan rumahnya untuk bermain futsal.Menurut sahabat-sahabatnya, mereka pelik dengan sikap arwah yang bagi mereka terlalu pemurah.92% jumlah kos bermain futsal itu di tanggung oleh arwah.Subhanallah.Mungkin dia sudah tahu masanya akan tiba.Sebak juga bila mengetahui arwah pernah menulis status 'aku dan kenangan' di friendsternya.

Buat sahabat khususnya sahabat PLKN,Ummi,Safwan, Amiruddin, Hanis, Luqman,Nadia, sama-sama kita infakkan doa kepadanya agar arwah berada di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat rahmatNYA.
Tanggungjawab yang pernah menyatukan hati kami

Beberapa hari lepas, ana terjumpa pendrive yang ana selalu guna untuk buat laporan kerja-kerja di sekolah dahulu.Ana buka pendrive tersebut.Banyak kerja yang melibatkan kripton[rumah kuning le].Ana terlihat laporan yang arwah pernah sediakan dahulu.Sebak.Gambar-gambar ketika bekerja sama-sama dengan sahabat lain pun ana jumpa.Tetapi kenangan tinggal kenangan.Kita yang hidup harus teruskan kehidupan bagi mengejar syurgaNYA di akhir perjuangan.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin,diri dan harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka"~attaubah,111
Yang tinggal hanyalah kenangan.Harus diingat.Kita juga pasti akan menyusuli arwah.Tetapi bersediakah kita untuk menghadapinya?Seperti kata sahabat, Izzati;
"Ujian itu tarbiyyah.kesenangan juga satu ujian.samada syukur atau kufur?fikir dan zikir.rabbuna yuqawwiy!"

Pendakian ilmu :D


26 Januari 2010Hari Selasa.Beginilah rutinku setiap malam selasa.Bekerja.Mencari sekelumit rezeki halal dengan ilmu yang telah dipelajari selama hampir 12 tahun.Kerja sebagai guru tusyen tidaklah sibuk seperti pekerja McD[sowe ye hasan] ,kerja kilang ubat[sowe gak hani] ataupun carrefour[sowe r sape2 yg trase].hehe.

Kelas bermula seawal 8 malam.Kelas ku walau bagaimanapun sebentar cume.frankly one hour.Kadang-kadang ana terfikir,kasihan budak-budak ini,pagi petang sekolah.Malam pula tuisyen.Tidakkah mereka berasa beban.Namun ana yakin kanak-kanak ini persis superheroes.Tidak kenal erti penat dalam menuntut ilmuNYA.
Ana cuma mengajar matapelajaran sains.Seperti kata orang, killer subject gitu.Tidak mengapalah.Ana cuba juga menyampaikan ilmu Allah walaupun terpaksa menempuh pelbagai karenah.Malan ini ana beri test kepada mereka.Mahu melihat sejauh mana keberkesanan usaha ku selama ini.Test itu pada kiraanku tidak lah berapa sukar seperti yang ana belajar dahulu.Cuma yang membezakan adalah bahasanya.Mereka belajar dalam bahasa inggeris.Kadang-kadang kasihan ana melihat mereka ini tidak mampu menjawab soalan kerana tidak faham bahasa inggeris.

Alhamdulillah.Hasil dari test tersebut ana dapat melihat siapa yang lemah.Boleh ana focus pada mereka pula selepas ini.Jauh di sudut hati, ana gembira dapat bertemu dengan mereka.Di akhir kelas ana beri mereka rehat selama 5 minit.Faham mereka penat.Kasihan.Namun apakan daya.Teruskan perjuangan mu anak-anak kerana engkaulah yang bakal memegang panji-panji islam nanti.
Sebelum pulang, seperti biasa.Ana mendaftar buku kedatangan guru.Pada ketika itu majikan ana menegur."Boleh saya minta kamu ajar kelas darjah 5 bulan depan?".Serentak ana angguk.Setuju.Terima Kasih ya Allah atas rezeki kurniaanMU.

Monday, January 25, 2010

Ukhwah kembali bertaut





24 Januari 2010

Hari itu biasa sahaja.Hari Ahad.Hari cuti untuk kebany
akan orang.ana bersyukur ana mampu cuti pada hari-hari lain juga.hehe.Namun, hari ini ana dah janji untuk keluar bersama-sama sahabat lama.Sungguh.Rindu.Gembira tatkala ingin berjumpa mereka.Perjalananku dari rumah bermula seawal 9 pagi.Sampai di stesyen bas, ana tunggu ketibaan sahabat ana, Hani.Pada awal rancangan kami ingin menaiki bas terus ke Midv
alley.Tetapi memikirkan sahabat yang sedang setia menunggu di Setia Jaya, kami turun separuh jalan untuk menaiki ktm bersama dyana.Serasa tidaka sanggup untuk membiarkan dia bertolak seorang diri.cukuplah ana sudah kehilangan kawan.Tidak mampu untuk menerima kehilangan lagi.alhamdulillah kami selamat tiba di Midvalley kira-kira jam 11 pagi.penat bai.Terus kami pergi ke ruangan pameran Midvalley.Pameran Mapcu-Mqa.[psl ipts2 la].Selepas
itu kami pergi pula melawat taman-taman haiwan.Asma' dan dyana juga afifah x tahan dengan bau busuk.hehe.apa ana kisah.haiwan itu makhluk allah.Rasa kagum dengan haiwan ciptaan allah itu.sungguh hebat.

Lebih kurang pukul 12 tengahari ana dengan hani pergi chop tempat makan di food court.penuh.orang ramai.Mungkin kerana hari ini hari cuti.
Orang mengambil kesempatan untuk berehlah bersama keluarga.Dyana,Afifah dan Asma sedang membeli beg baru untuk afifah.Mahal la juga.Tapi design nye cukup ku kenal.Persis beg makmal budak klas 5 R .ana terfikir mungkin juga dia beli beg itu di sini.Makan pula satu hal.Masing-masing cuba berjimat.tetapi makanannya.
pergh.mahal.Tapi ana x kisah berbelanja untuk makan.asal perut puas.Kami makan.makan.dan makan.Sambil bergelak ketawa.Walaupun kekasih allah dulu jarang ketawa.ish3.lagho betul.Tapi seronok.ana bersyukur punya kawan seperti mereka.tidak sanggup kiranya
ana terima pemergian mereka satu hari nanti.
Seperti yang terjadi pada salah seorang sahabat ana.Kemudian kami pergi solat.Ramai.Afifah kata surau tu dh bau kaki.memang pon.dh byk kasut.hmm.Hani pula buat masalah.heyhz.Tapi kami sedih sebab x dapat ucap selamat pulang kepada asma'.Dia terpaksa bertolak pulang kerana urusan lesen[smpai tinggalkan afifah].Kesian afifah.beria-ia dia mahu pulang dengan asma'.Tapi rezekinya dengan kami.[Pergi 2 orang balik sorunk je la pah.hehe].Kami beli ais krim baskin robin.Sedap.Puas makan.walaupun ketika itu baru je habiskan sundae cup mcD.hehe.

Kaki dah penat.Ternampak kerusi Ogawa.hehe.terasa nk duduk sahaja di situ.Kami pergi MPH.Beli buku untuk rujukan mengajar ketika tusyen nanti.Dyana pula berbelanja besar.huhu.Mahu membeli untuk adik-adiknya sekali.Juga novel yang dia mahu.[buku maksiat erk pah?hehe].Kami mencari kerusi.Untuk duduk.x jumpa.terus kami bergerak ke stesyen ktm untuk bertolak pulang.Di situ orang ramai.Terpaksa berasak untuk masuk ke dalam gerabak.Macam kacang pis dalam tin dah bai.Stesen Setia Jaya sudah tiba.kasihan pula melihat afifah di tinggal seorang.Hani, ana dengan dyana turun dari ktm.Sempat ana pinjam kan duit pada afifah.faham dia dah pokai.hehe.di stesen ana berpisah pula dengan dyana.risau mahu meninggalkan dia seorang diri di stesen.alhamdulillah dia selamat sampai di rumah.ana dan hani tiba di rumah dalam jam 6 petang.penat.memang penat.tp seronok.sekurang-kurangnya allah memberi ku peluang bergembira setelah bersedih atas pemergian sahabatku.alfatihah untuk arwah luqman hakim.Harap ukhwah ini berpanjangan sahabatku.Sesungguhnya allah berfirman
"sesungguhnya setiap muslim itu adalah bersaudara"

A tribute.. :'(


20 Januari 2010.
Hari itu biasa sahaja.Paginya cerah.Tiada petanda sesuatu akan terjadi.Seperti kata pepatah disangkakan panas sampai ke petang.Rupanya hujan di tengahari.Malam itu, seperti malam2 sebelumnya, ana online.Melayan aplikasi2 yg ada di facebook.Seronok.Tiba-tiba handphone ku berdering.ana tgk namanye.'Azem'.rse mls nk angkat.ana tekan butang merah.kemudian hantar message ke dia bertanyakan apa yg boleh ana bantu.Namun reply nya menggusarkan ana.'sye nk gi hospital nie.luqman kmlgn.td kakaknye call.pergi dulu'.Berderau darah tatkala ana
membaca message tersebut.kebetulan pula ana tgh ber'facebook' dgn saudara haziq dan saudari izzati rahim.tros ana bertanyakan mereka.pd mulanya mereka nmpk spt ragu2 dgn berita tersebut.tetapi kemudian haziq mengesahkan berita tersebut.die akan melawat ke hospital malam itu juga.ana dan izzati sudah merancang mahu melawat saudara luqman pd hari sbtu akn dtg.smbil2 menyebarkan brite kpd shbt2 spt wyrda,amira dan luqman yg berada di plkn melalui handphone.[kedit sket lak tyme tu].

malam itu ana tidak tenang.tidur pon x sdp.sdgkan shbt sdg bertarung nyawa di htar klang, ana peroleh nikmat utk tidur di tilam empuk dan bru.[hehe].syukur.tp mata tidak dpt lelap.mlm itu spt sepi.sayu.hiba.ana bgn berjalan ke bilik air.tangisku melepas juga di tikar sejadah yg kusam itu.doaku moga saudara luqman dapat bertahan.'Ya allah, andai kehidupan adalah lebih baik utk die, maka hidupkan lah dia dalam iman.andai kematian adalah yang terbaik utk die, ya allah, maka matikan lah dia dalam iman juga'
Ana cube contact shbt die,yg merupakan shbt ana juga.dimaklumkan ketika itu saudara luqman dlm keadaan koma.sume bergantung pdnya.dia di tempatkan di 'kawasan merah'.[icu la kot].ana difhmkan bhwa bbrpe shbt nya sggp berada di sisi saudara luqman walaupun ketika itu jam mnunjukkan 3 pagi.subhanallah.untung arwah dpt kwn yg setia spt mereka.ana paksa mata utk terlelap jua krn esok ada appointment braces dgn doktor di shah alam.malam yg sepi itu berlalu tng~

21 Januari 2010
'Telah Allah jadikan kematian dan kehidupan bagi menentukan siapa di antara kamu yang paling baik amalnya..'~almulk,2
Itu sahaja yg ana dpt fikirkan tatkala menerima berita sedih itu.Pada ketika itu ana sdg berbaring di kerusi dentist,menyambung treatment braces ana spt biase.sblm itu smpt ana tuka handphone ana ke silent mode.ketika pembaringan itu,terase poket vibrate.menandakan ade org call.ana minta doktor segerakan kerja.klua saja dari klinik, ana check handphone.'1 missed call'.dr saudara azem.patutla terasa lain macam ketika handphone vibrate.ana tanye ade ape2 mslh.azem call.menangis.menangis.dan menangis.ana sudah dpt mengagak berita yg akan ana terima.'luqman dh x de'.sepatah ayat yang melemahkan ototku.terbayang di minda saat ketika baru terserempak dgn saudara luqman di stadium melawati tempoh hari.langkahku terhenti.air mata bergenang.kedengaran suara azem menyebut 'sbr ye.'.mmg itu sdg ana cube.sabar.sabar.dan sabar.ana beritahu saudari izzati.pada mulanya dia agak ragu2 dgn berita tersebut.terus ana call mak ana minta hantar ana ke stesen ktm shah alam.ana tekad.ana mahu ziarah klang juga hari ini.mujur sahabat2 lain bersependapat denganku.perjalanan dari shah alam ke klang tidak mengambil masa yang lama.di stesen klang, ana menunggu sahabat ana.syamil, aina, wyrda, izzatain[muthanna utk izzati rahim dan izzati ariffin].tros ana ke hospital.

sampai di hospital, ana di maklumkan jenazah arwah sedang dalam proses bedah siasat dan post mortem.suasana di jabatan forensik itu,masyaAllah, allah sahaja tahu betapa sayunya ketika itu.terus ana bersalaman dengan mak arwah yang kebetulan seorang doktor.kelihatan sahabat2 arwah sudah lama berada di situ.beberapa sahabat arwah yang lain tunggu di luar bangunan.mungkin kerana terlalu sedih.Tika arwah sedang dimandikan dan dikafankan, ana lihat sahabat2nya x berhenti menangis.ana cube tahan.tidak elok kiranya kita menangis di depan jenazah.selesai prosesnya ana dan sahabat2 ana di beri peluang melihat arwah untuk kali terakhir.mukanya tampak tenang.seperti meminta kami meredhakan pemergiannya.jenazah diusung di hadapanku.mengingatkan ana tentang mati.

kami tunggu sehingga malam.singgah di rumah arwah.bertemu dengan beberapa guru.masing2 sedih.terkejut.akan berita yang maha mengejut itu.jauh di sudut hati, ana sedih akan pemergian seorang pejuang islam.seorang mujahid.tp ketentuan allah ana pasti.adalah yg terbaik bagi yang hidup,ataupun yang sudah pergi.kepada sahabat2,ku seru agar anda mengingat kembali akan tujuan kita di dunia ini.dan mengingatkan kita akan kematian kita yang pasti akan tiba.jenazah arwah selamat dikebumikan selepas maghrib.semoga roh saudara kita, Luqman Hakim bin Zamalolaily berada dikalangan orang yang beriman dan dicucuri rahmat ke atas rohnya.ameen.maka benarlah firman Allah,
'setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati'