BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Wednesday, September 7, 2011

layyinul harir

Selembut sutera.Itu perwatakan sebenar yang dianugerahkan oleh Allah kepada setiap perempuan.Kelembutan dalam diri perempuan itu fitrah.Kelembutan itu diberi agar mampu melembutkan hati seorang anak lelaki, mendamaikan hati seorang lelaki bernama suami. Terlalu banyak perwatakan dalam diri seorang perempuan yang seorang lelaki tidak akan mampu memahami.


Redha
Perwatakan seperti ini banyak diberikan pada perempuan berbanding lelaki. Dengan keredhaan, hati seseorang akan lebih terbuka menerima sesebuah musibah yang datangnya dari sisi Allah bertujuan untuk mengingatkan kita kembali tujuan asal penciptaan manusia di atas muka bumi.
"tidak aku ciptakan jin dan manusia selain untuk beribadat kepada Ku"~az-zariyat,56
Redha ini dipercayai sebagai tahap tasawwuf paling tinggi,memintasi sabar dalam list tersebut.Kita letak analogi untuk lebih pemahaman.Seorang perempuan dikurniakan seorang suami.Mungkin bukanlah se handsome seperti lelaki lain.Tua pulak tu.Tetapi bagaimana dia redha dengan ketentuan tuhannya, menerima lelaki tersebut seadanya?

Pemaaf
Bukan mudah untuk memaafkan seseorang.Pernah dengar quote ini?
"a woman gives and forgives,but a man gets and forget"
Wanita diciptakan penuh dengan emosi.Dengan emosi tersebut dia mampu menyayangi dengan lebih baik.Mampu menyayangi anak-anaknya berbanding seorang ayah.Wanita juga dikurniakan 9 emosi serta satu akal.Tetapi bagaimana satu akal itu mampu mengawal 9 emosi tersebut.Bukan sahaja itu,bahkan menjadi pemaaf pulak tu? Subhanallah disitulah hebatnya ciptaan Allah pada diri seorang wanita.

Rasanya cukuplah 2 perkara di atas untuk dibincangkan.dah kalau 3 sebab,4 sebab.panjang org nk bace.mu nak bace?boring pulok.untuk bincangkan semua memang x cukup ruang kat sini.tapi apa yang ingin diperkatakan,hargailah seseorang selagi dia masih ada.Kerana kita tidak tahu what the future holds for us.sekian wallahualam.