BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Saturday, March 27, 2010

Tinta kembara

Untuk kali keduanya ana ke PWTC hari ini.Hari kedua terakhir sebelum pesta buku yang bertempat di Kuala Lumpur itu tamat pada esok hari.Pada mulanya rancangan pada Sabtu ini mahu ke Negeri Sembilan.Melawat adik yang sedang menuntut di sana.Tapi ana minta juga kebenaran dari ibu untuk join sahabat lama ke PWTC untuk kali ke 2.

Perjalanan bermula.

Ana bertolak dari rumah seawal jam 0830 waktu tempatan bagi mengelakkan kesesakan.Ibu sanggup menghantar ana ke stesen Subang Jaya walaupun agak jauh.
'Terima kasih ibu!'
Sampai sahaja di stesen ana membeli tiket dan menunggu selama lebih kurang setengah jam untuk menaiki gerabak keretapi itu.Mashaallah.Ramai sungguh orang di dalam gerabak itu.Allah sahaja tahu betapa sardinnya keadaan ketika itu.Lepas sahaja stesen Sentral KL,orang beransur kurang.Ahamdulillah,Allah mengurniakan ana rezeki untuk duduk ketika itu.

Stesen Putra

Keadaan di stesen Putra kelihatan sibuk dengan penumpang.Ana terus membeli tiket untuk pulang nanti.Untuk kesenangan di masa hadapan.Seperti kata pepatah ,
'Sediakan payung sebelum hujan'
Lebih kurang 1 jam jugalah ana tunggu ketibaan Diyana.Serasa masa terbuang begitu sahaja pada ketika itu.Ana ambil tempat duduk di tepi tangga.Kemudian ana terpandang dengan 2 orang yang ana kenal.Ana panggil nama.'Asyiqin!'.Perempuan tersebut memandang.huhu.Setelah beberapa ketika kami tidak berjumpa.Kami bertukar salam dan memberi mereka laluan meneruskan perjalanan.Tidak lama kemudian, beberapa pemuda menegur.'Kak.Tumpang tanya.PWTC di mana ya?'.huhu.ana tergelak kecil.Kak die panggil aku?Tua sangat ke?'erm jalan terus,lalu jejambat itu dan lintas The Mall.Inshaallah jumpe la nanti'.Beberapa ketika kemudian Diyana pun tiba.Bersama-sama Dyana;
Atiyah
Mira
Liyana

Penat berjalan

Sampai di PWTC,kami terus ke eksibit 2.Melepaskan geram.hehe.Jumpe booth PTS.Ana cari buku yang ana mahu.Tidak ku temui.Ana call sahabat ana,izzati.'Novel tu kat Telaga Biru laa'.Aiseyh.Telaga Biru dah terlepas.Tak pe.Dyana sempat membeli beberapa novel kegemaran dia.'Dear Yayah'.Ceh.Tak habis2.erm.Kemudian terserempak dengan sahabat lama,Jaja sebagai ejen Xpax.huhu.Terus selepas itu kami bergerak ke PWTC semula.Dapat juga memilik Denyut Kasih Medik.alhamdulillah.Kemudian ke eksibit Karangkraf pula.Ana beli novel 'Cinta Sufi' karya Ramlee Awang Murshid.huhu.Ana memang minat hasil tinta beliau.

Pulang la pulaaakkk

Perjalanan pulang jauh lebih sesak dari perjalanan pergi tadi.Aiyo.Orang sudah mula berkumpul di tepi garisan kunig.Berebut untuk masuk ke gerabak.Tiket ana ke Subang Jaya.Manakala Dyana dan sahbt2 sampai Sentral KL je.hmm.Sorang pon jalan la.Ketika dalam gerabak,tiba-tiba orangg yang berdiri sebelah ana rebah.Adei.Orang pengsan.Kasihan.Mujur ada beberapa orang yang membantu.Terlintas di fikiran,sungguh walau tidak mengenali,tetapi kita masih sudi untuk membantu orang dalam kesusahan.Maka benarlah firman Allah;
Terlihat di depan mata betapa manisnya ukhwah atas nama Allah itu.Kebetulan mak cik itu turun sama stesen dengan ana.Katanya dia parking di Carrefour.Risau pula mahu membiarkan mak cik itu memandu seorang.Ana tanyalah di mana rumahnya.Rupa-rupanya mak cik tersebut duduk satu taman je dengan ana.Adei.Kecil sahaja dunia ini.Teringat pula betapa kerdilnya ana di dunia ini.Alhamdulillah dapat juga ana berkenalan dengan jiran.Terima kasih Allah atas perkenalan ini.

Penutup kalam
Sebagai penutup tinta maya pada kali ini,ana bersyukur atas kembara juga pengalaman ana pada hari ini.Syukur juga kerana tiada apa yang buruk sepanjang kembara ini.Semoga Allah memanjangkan umurku untuk ana menimba ilmu Allah itu yang terbentang luas di alam semesta ini.Semoga perjalanku pada hari ini memperoleh redha Allah.

'Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya'.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim



Tuesday, March 23, 2010

Zikrul maut....

Dengarlah hai sahabat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayuh sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat


Astafighrullahal’adzim

Suasana tenang sekitar pusara arwah Luqman Hakim

Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim

Cepat ucap astafighrullahal’adzim
~tobat maksiat.waliband

Monday, March 22, 2010

Kembara ilmu


Ok.I admit.Maybe I was a little bit too late to post this.Last saturday i went to the PWTC.For bookfair of course.I went there with my family.[cannot drive lagi la].Well if you ask me whether I enjoy the trip or not,it was devastating.I'm not reckoning on this.

WHY?
Well maybe a few would ask why.The morning I got there its loaded with paparazzis and all the cameraman.The Deputy Prime minister is launching the bookfair festival.Well as if i care.I didn't get my book.In the evening i went to SOGO shopping complex to find some new shoe.But neither I get the shoe.That's why I said it was devastating.

OH WAIT.THERE'S MORE!
Tetapi dalam perjalanan itu juga ana peroleh banyak pengalaman.Penat berjalan?Most certainly.Perjalan dari rumah bermula seawal 8 pagi.Alhamdulillah pada ketika itu parking masih banyak lagi.Sampai saja di Pusat Dagangan Dunia Putra, kelihatan ramai orang berpusu-pusu ketika itu.Timbalan Perdana Menteri sedang merasmikan majlis tersebut.Pada 9.30,maka rasmi sudah festival buku tersebut.

Ana cuma bantu adik ana mencari buku sahaja.Memandangkan adik ana akan menghadapi PMR tahun ini,ana bantulah dia mencari beberapa bahan yang berguna untuk kegunaan dia kelak.
'Ya Allah.Kau berilah kejayaan kepada adikku'

Ana mahu pergi ke dewan eksibit yang lain di mana dewan tersebut terletak agak jauh sedikit dari dewan yang ana pergi.Tetapi ibu ayah ana enggan ke situ.Jauh katanya.Adei.Kecewa juga kerana buku yang dikehendaki tidak diperolehi.Ana hanya mampu turutkan sahaja kehendak adik-adik.

Pada ketika itu ana teringat satu novel kegemaran ana.HIJAB SANG PENCINTA karya Ramlee Awang Murshid.Novel tersebut ana peroleh tahun lepas.Sempena hari ulangtahun kelahiran.Akhir tahun lepas,seorang sahabat amat memerlukan novel tersebut.'Desperate' katanya.Ana pon juallah novel tersebut kepada dia.Semoga dia memperoleh manfaat dari buku tersebut.


Sebelum pulang,ana sempat berjumpa beberapa sahabat satu sekolah.Asma' dan Izzati.Rindunya pada mereka, hanya Allah sahaja yang tahu.Di kesempatan itu juga ana sempat bertemu dengan keluarga arwah.Ana dapat rasakan mereke sedang membina ketabahan untuk menempuh ujian Allah yang bagi ana,maha besar ujian itu.
'Ya Allah,kau tempatkanlah roh sahabatku di kalangan orang yang beriman dan mendapat rahmatMU.Jauhkanlah dia dari seksa kubur dan seksa nerakaMU'
Sempat juga ana bertanya bagaimana mak arwah mencapai cita-citanya.Masih terngiang-ngiang lagi di telingaku.
'Nak jadi doktor ini,cuma perlu bookworm sahaja.Kene tinggalkan segala enjoyment itu'~Dr.Nila Ratna
Inshaallah.Ana bisa capai cita-cita itu.Ana mahu jadi 'private doctor' untuk ibu ayah ku.Semoga Allah permudahkan jalan untukku mencapai cita-cita itu.

Sempat juga ana berkenalan dengan adik arwah,Husna Najihah.Inshaallah,semoga kamu peroleh kejayaan seperti abangmu jua.ameeen

Hari itu,ana sangat penat.Mungkin berjalan kesana ke sini.Iyalah.Pernah anda lihat perempuan shopping?Dahsyat bukan?Kuasa Allah mengatasi kelojikan akal manusia.Perempuan mungkin lemah di mata lelaki.Tetapi mampu membuat kerja sepuluh kali ganda lebih kuat dari lelaki.

DAH HABIS..
Lebih kurang begitulah perjalanannya.Minggu ini ana akan mencapai 18 tahun.Kalau ikutkan hukum faraid Malaysia,18 tahun sudah mampu memegang harta pusaka.Lihat sahajalah sejauh mana rezeki ku sebelum tibanya ajalku.Semoga ana memperoleh rahmat dan syurgaNYA kelak dengan amal kebajikanku.[maha sedikit kebajikan itu].25 MAc ini ana akan lalui ujian JPJ.Penentuan untuk memperoleh lesen keretaku.Semoga lulus hendaknya.Harapanku semoga lulusnya ujian itu menjadi hadiah ulangtahun kelahiran yang paling bermakna buatku.

Monday, March 8, 2010

result..oh apakah nasibku

Beberapa lagi result SPM akan keluar.Ya.Beberapa hari lagi.Bukan bulan mahupun minggu.11 Mac 2010.Tercatat di halaman takdirku bahawa tarikh itulah yang sedikit sebanyak akan membantu ana mengecapi cita-cita.Mungkin ada yang mengatakan 'SPM itulah masa depan kita'.Mungkin ada juga yang berpendapat 'ala.SPM je.duniawi.'.Apa-apa pun,itulah usaha ku selama hampir dua tahun ana di Sekolah Berasrama penuh Integrasi Sabak Bernam.Mungkin nama sekolah ini tidak seGAH sekolah-sekolah yang dilabel berprestasi tinggi,sekolah premier mahupun sekolah kluster.Tetapi di sekolah ini lah tempat ana menimba ilmu Allah.Sedikit sebanyak dengan ilmu itulah ana guna untuk panduan hidup di atas jalanNYA.Sungguh Allah berfirman:

'Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.'~alankabut,69
Pada ketika ini,ana yakin,calon SPM 2009 pasti berdebar-debar menanti Khamis ini.Calon Spm Intesaber 2009 yang seramai 133 orang akan berhadapan dengan moment of truth ini.
Inilah keadaan SPM ketika itu.Terima kasih pengawas untuk gambar ini.

Teringat ana pada arwah sahabat ketika ini.Bagaimanalah keputusannya.Memang benar.Keputusan SPM ini mungkin tidak lagi penting buatnya.Sedeqah Alfatihah itu die lebih perlukan.~alfatihah.Ana yakin.Arwah pasti memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM nya.Melihatkan dengan usaha yang telah arwah lakukan.Straight A's mungkin milik arwah.Mungkin kejayaan straight A's yang bakal diperoleh[inshaallah] oleh arwah harus dibayar dengan nyawanya sendiri.Namun itu cuma assumption ana.Penilaian manusia yang dipalit nafsu.Hikmah yang sebenar hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Kepada sahabat,marilah kita sama-sama berdoa seperti ketika saat-saat terakhir kita di sekolah,mendoakan kejayaan untuk sahabat-sahabat kita yang kini tinggal 132 orang.Semoga Allah memberi yang terbaik setelah kita berusaha.Semoga Allah permurahkan rezeki kita semua,132 orang.
'Ya Allah.Sesungghnya kami telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan SPM 2009.Maka kau berilah kepada kami seramai 132 orang kejayaan yang terbaik,dari sisi ENGKAU'