BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Thursday, February 25, 2010

Kelahiran yang terpuji

"Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali".~riwayat Muslim
Pada ketika itu, Kota Makkah diserang oleh raja yang zalim bernama Abrahah.Namun allah lebih berkuasa ke atas kuasanya.RumahNYA dipelihara kesuciaannya agar tidak dicemari oleh anasir jahat raja yang zalim itu.Ya.Itulah kaabah.Rumah yang menjadi kiblat bagi semua umat islam di dunia pada hari ini.Allah telah menghantar Ababil untuk membinasakan angkatan tentera raja itu.Maka bergelimpanganlah raja itu bersama-sama tentera bergajahnya seperti daun-daun yang dimakan ulat.Kisah ini diceritakan oleh Allah sendiri dalam surah kelima alquran.
"Tidakkah kau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera bergajah(yang hendak meruntuhkan kaabah)?.Bukankah tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?.Dan Allah menghantar keatas mereka burung-burung yang berpasukan.Yang melontar kepada mereka batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras.Lalu hancurlah mereka"~alfil,1-5
Maka pada ketika itu, lahirlah seorang putera yang istimewa,yang dikurniakan Allah kemuliaan dan darjat yang tinggi.Dialah Muhammad.Utusan terakhir buat manusia seluruh alam.Kelahirannya membawa seribu keajaiban.Perubahan.Menyinari Kota Mekah dengan sinar cahaya kerahmatan yang MAHA PENCIPTA.

Sejak kelahirannya,tamadun islam berkembang ke seluruh pelusuk dunia.Mengajarkan manusia mengucap kalimah 'la ilaha illallah'.Membimbing manusia ke arah jalan hidup yang lebih sempurna.Syukran ya rasul allah.Jasamu tidak terkira banyaknya.Membawa kami mengenal tuhan yang satu.
"Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya."~alhasyr,7
Sempena sambutan maulidur rasul pada hari ini juga,marilah kita perbanyakkan selawat keatas junjungan besar saw.Semoga kita peroleh syafaat daripada baginda di akhirat kelak.

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."~alahzab,56

3 comments:

azemsameer said...

raihan
a very good post
mcm bce buku je
hehe

raihan-yasminna said...

eieieiei
mne de dr buku
dr hati le
krna tulisan dr hati
akn smpai ke hati jua
~ustaz pahrol

azemsameer said...

tau lah
azem kate mcm bce buku
ish