BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Saturday, March 27, 2010

Tinta kembara

Untuk kali keduanya ana ke PWTC hari ini.Hari kedua terakhir sebelum pesta buku yang bertempat di Kuala Lumpur itu tamat pada esok hari.Pada mulanya rancangan pada Sabtu ini mahu ke Negeri Sembilan.Melawat adik yang sedang menuntut di sana.Tapi ana minta juga kebenaran dari ibu untuk join sahabat lama ke PWTC untuk kali ke 2.

Perjalanan bermula.

Ana bertolak dari rumah seawal jam 0830 waktu tempatan bagi mengelakkan kesesakan.Ibu sanggup menghantar ana ke stesen Subang Jaya walaupun agak jauh.
'Terima kasih ibu!'
Sampai sahaja di stesen ana membeli tiket dan menunggu selama lebih kurang setengah jam untuk menaiki gerabak keretapi itu.Mashaallah.Ramai sungguh orang di dalam gerabak itu.Allah sahaja tahu betapa sardinnya keadaan ketika itu.Lepas sahaja stesen Sentral KL,orang beransur kurang.Ahamdulillah,Allah mengurniakan ana rezeki untuk duduk ketika itu.

Stesen Putra

Keadaan di stesen Putra kelihatan sibuk dengan penumpang.Ana terus membeli tiket untuk pulang nanti.Untuk kesenangan di masa hadapan.Seperti kata pepatah ,
'Sediakan payung sebelum hujan'
Lebih kurang 1 jam jugalah ana tunggu ketibaan Diyana.Serasa masa terbuang begitu sahaja pada ketika itu.Ana ambil tempat duduk di tepi tangga.Kemudian ana terpandang dengan 2 orang yang ana kenal.Ana panggil nama.'Asyiqin!'.Perempuan tersebut memandang.huhu.Setelah beberapa ketika kami tidak berjumpa.Kami bertukar salam dan memberi mereka laluan meneruskan perjalanan.Tidak lama kemudian, beberapa pemuda menegur.'Kak.Tumpang tanya.PWTC di mana ya?'.huhu.ana tergelak kecil.Kak die panggil aku?Tua sangat ke?'erm jalan terus,lalu jejambat itu dan lintas The Mall.Inshaallah jumpe la nanti'.Beberapa ketika kemudian Diyana pun tiba.Bersama-sama Dyana;
Atiyah
Mira
Liyana

Penat berjalan

Sampai di PWTC,kami terus ke eksibit 2.Melepaskan geram.hehe.Jumpe booth PTS.Ana cari buku yang ana mahu.Tidak ku temui.Ana call sahabat ana,izzati.'Novel tu kat Telaga Biru laa'.Aiseyh.Telaga Biru dah terlepas.Tak pe.Dyana sempat membeli beberapa novel kegemaran dia.'Dear Yayah'.Ceh.Tak habis2.erm.Kemudian terserempak dengan sahabat lama,Jaja sebagai ejen Xpax.huhu.Terus selepas itu kami bergerak ke PWTC semula.Dapat juga memilik Denyut Kasih Medik.alhamdulillah.Kemudian ke eksibit Karangkraf pula.Ana beli novel 'Cinta Sufi' karya Ramlee Awang Murshid.huhu.Ana memang minat hasil tinta beliau.

Pulang la pulaaakkk

Perjalanan pulang jauh lebih sesak dari perjalanan pergi tadi.Aiyo.Orang sudah mula berkumpul di tepi garisan kunig.Berebut untuk masuk ke gerabak.Tiket ana ke Subang Jaya.Manakala Dyana dan sahbt2 sampai Sentral KL je.hmm.Sorang pon jalan la.Ketika dalam gerabak,tiba-tiba orangg yang berdiri sebelah ana rebah.Adei.Orang pengsan.Kasihan.Mujur ada beberapa orang yang membantu.Terlintas di fikiran,sungguh walau tidak mengenali,tetapi kita masih sudi untuk membantu orang dalam kesusahan.Maka benarlah firman Allah;
Terlihat di depan mata betapa manisnya ukhwah atas nama Allah itu.Kebetulan mak cik itu turun sama stesen dengan ana.Katanya dia parking di Carrefour.Risau pula mahu membiarkan mak cik itu memandu seorang.Ana tanyalah di mana rumahnya.Rupa-rupanya mak cik tersebut duduk satu taman je dengan ana.Adei.Kecil sahaja dunia ini.Teringat pula betapa kerdilnya ana di dunia ini.Alhamdulillah dapat juga ana berkenalan dengan jiran.Terima kasih Allah atas perkenalan ini.

Penutup kalam
Sebagai penutup tinta maya pada kali ini,ana bersyukur atas kembara juga pengalaman ana pada hari ini.Syukur juga kerana tiada apa yang buruk sepanjang kembara ini.Semoga Allah memanjangkan umurku untuk ana menimba ilmu Allah itu yang terbentang luas di alam semesta ini.Semoga perjalanku pada hari ini memperoleh redha Allah.

'Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya'.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim



1 comments:

masus10 said...

hehe
kalo ade button like dh tekan skrg
hehe
[x meniru ayat sesape]