BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Tuesday, January 26, 2010

Pendakian ilmu :D


26 Januari 2010Hari Selasa.Beginilah rutinku setiap malam selasa.Bekerja.Mencari sekelumit rezeki halal dengan ilmu yang telah dipelajari selama hampir 12 tahun.Kerja sebagai guru tusyen tidaklah sibuk seperti pekerja McD[sowe ye hasan] ,kerja kilang ubat[sowe gak hani] ataupun carrefour[sowe r sape2 yg trase].hehe.

Kelas bermula seawal 8 malam.Kelas ku walau bagaimanapun sebentar cume.frankly one hour.Kadang-kadang ana terfikir,kasihan budak-budak ini,pagi petang sekolah.Malam pula tuisyen.Tidakkah mereka berasa beban.Namun ana yakin kanak-kanak ini persis superheroes.Tidak kenal erti penat dalam menuntut ilmuNYA.
Ana cuma mengajar matapelajaran sains.Seperti kata orang, killer subject gitu.Tidak mengapalah.Ana cuba juga menyampaikan ilmu Allah walaupun terpaksa menempuh pelbagai karenah.Malan ini ana beri test kepada mereka.Mahu melihat sejauh mana keberkesanan usaha ku selama ini.Test itu pada kiraanku tidak lah berapa sukar seperti yang ana belajar dahulu.Cuma yang membezakan adalah bahasanya.Mereka belajar dalam bahasa inggeris.Kadang-kadang kasihan ana melihat mereka ini tidak mampu menjawab soalan kerana tidak faham bahasa inggeris.

Alhamdulillah.Hasil dari test tersebut ana dapat melihat siapa yang lemah.Boleh ana focus pada mereka pula selepas ini.Jauh di sudut hati, ana gembira dapat bertemu dengan mereka.Di akhir kelas ana beri mereka rehat selama 5 minit.Faham mereka penat.Kasihan.Namun apakan daya.Teruskan perjuangan mu anak-anak kerana engkaulah yang bakal memegang panji-panji islam nanti.
Sebelum pulang, seperti biasa.Ana mendaftar buku kedatangan guru.Pada ketika itu majikan ana menegur."Boleh saya minta kamu ajar kelas darjah 5 bulan depan?".Serentak ana angguk.Setuju.Terima Kasih ya Allah atas rezeki kurniaanMU.

1 comments:

masus10 said...

good luck in everything u do
n...
take care ok