BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Monday, January 25, 2010

A tribute.. :'(


20 Januari 2010.
Hari itu biasa sahaja.Paginya cerah.Tiada petanda sesuatu akan terjadi.Seperti kata pepatah disangkakan panas sampai ke petang.Rupanya hujan di tengahari.Malam itu, seperti malam2 sebelumnya, ana online.Melayan aplikasi2 yg ada di facebook.Seronok.Tiba-tiba handphone ku berdering.ana tgk namanye.'Azem'.rse mls nk angkat.ana tekan butang merah.kemudian hantar message ke dia bertanyakan apa yg boleh ana bantu.Namun reply nya menggusarkan ana.'sye nk gi hospital nie.luqman kmlgn.td kakaknye call.pergi dulu'.Berderau darah tatkala ana
membaca message tersebut.kebetulan pula ana tgh ber'facebook' dgn saudara haziq dan saudari izzati rahim.tros ana bertanyakan mereka.pd mulanya mereka nmpk spt ragu2 dgn berita tersebut.tetapi kemudian haziq mengesahkan berita tersebut.die akan melawat ke hospital malam itu juga.ana dan izzati sudah merancang mahu melawat saudara luqman pd hari sbtu akn dtg.smbil2 menyebarkan brite kpd shbt2 spt wyrda,amira dan luqman yg berada di plkn melalui handphone.[kedit sket lak tyme tu].

malam itu ana tidak tenang.tidur pon x sdp.sdgkan shbt sdg bertarung nyawa di htar klang, ana peroleh nikmat utk tidur di tilam empuk dan bru.[hehe].syukur.tp mata tidak dpt lelap.mlm itu spt sepi.sayu.hiba.ana bgn berjalan ke bilik air.tangisku melepas juga di tikar sejadah yg kusam itu.doaku moga saudara luqman dapat bertahan.'Ya allah, andai kehidupan adalah lebih baik utk die, maka hidupkan lah dia dalam iman.andai kematian adalah yang terbaik utk die, ya allah, maka matikan lah dia dalam iman juga'
Ana cube contact shbt die,yg merupakan shbt ana juga.dimaklumkan ketika itu saudara luqman dlm keadaan koma.sume bergantung pdnya.dia di tempatkan di 'kawasan merah'.[icu la kot].ana difhmkan bhwa bbrpe shbt nya sggp berada di sisi saudara luqman walaupun ketika itu jam mnunjukkan 3 pagi.subhanallah.untung arwah dpt kwn yg setia spt mereka.ana paksa mata utk terlelap jua krn esok ada appointment braces dgn doktor di shah alam.malam yg sepi itu berlalu tng~

21 Januari 2010
'Telah Allah jadikan kematian dan kehidupan bagi menentukan siapa di antara kamu yang paling baik amalnya..'~almulk,2
Itu sahaja yg ana dpt fikirkan tatkala menerima berita sedih itu.Pada ketika itu ana sdg berbaring di kerusi dentist,menyambung treatment braces ana spt biase.sblm itu smpt ana tuka handphone ana ke silent mode.ketika pembaringan itu,terase poket vibrate.menandakan ade org call.ana minta doktor segerakan kerja.klua saja dari klinik, ana check handphone.'1 missed call'.dr saudara azem.patutla terasa lain macam ketika handphone vibrate.ana tanye ade ape2 mslh.azem call.menangis.menangis.dan menangis.ana sudah dpt mengagak berita yg akan ana terima.'luqman dh x de'.sepatah ayat yang melemahkan ototku.terbayang di minda saat ketika baru terserempak dgn saudara luqman di stadium melawati tempoh hari.langkahku terhenti.air mata bergenang.kedengaran suara azem menyebut 'sbr ye.'.mmg itu sdg ana cube.sabar.sabar.dan sabar.ana beritahu saudari izzati.pada mulanya dia agak ragu2 dgn berita tersebut.terus ana call mak ana minta hantar ana ke stesen ktm shah alam.ana tekad.ana mahu ziarah klang juga hari ini.mujur sahabat2 lain bersependapat denganku.perjalanan dari shah alam ke klang tidak mengambil masa yang lama.di stesen klang, ana menunggu sahabat ana.syamil, aina, wyrda, izzatain[muthanna utk izzati rahim dan izzati ariffin].tros ana ke hospital.

sampai di hospital, ana di maklumkan jenazah arwah sedang dalam proses bedah siasat dan post mortem.suasana di jabatan forensik itu,masyaAllah, allah sahaja tahu betapa sayunya ketika itu.terus ana bersalaman dengan mak arwah yang kebetulan seorang doktor.kelihatan sahabat2 arwah sudah lama berada di situ.beberapa sahabat arwah yang lain tunggu di luar bangunan.mungkin kerana terlalu sedih.Tika arwah sedang dimandikan dan dikafankan, ana lihat sahabat2nya x berhenti menangis.ana cube tahan.tidak elok kiranya kita menangis di depan jenazah.selesai prosesnya ana dan sahabat2 ana di beri peluang melihat arwah untuk kali terakhir.mukanya tampak tenang.seperti meminta kami meredhakan pemergiannya.jenazah diusung di hadapanku.mengingatkan ana tentang mati.

kami tunggu sehingga malam.singgah di rumah arwah.bertemu dengan beberapa guru.masing2 sedih.terkejut.akan berita yang maha mengejut itu.jauh di sudut hati, ana sedih akan pemergian seorang pejuang islam.seorang mujahid.tp ketentuan allah ana pasti.adalah yg terbaik bagi yang hidup,ataupun yang sudah pergi.kepada sahabat2,ku seru agar anda mengingat kembali akan tujuan kita di dunia ini.dan mengingatkan kita akan kematian kita yang pasti akan tiba.jenazah arwah selamat dikebumikan selepas maghrib.semoga roh saudara kita, Luqman Hakim bin Zamalolaily berada dikalangan orang yang beriman dan dicucuri rahmat ke atas rohnya.ameen.maka benarlah firman Allah,
'setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati'

1 comments:

masus10 said...

thats is really hurt 4 me