BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Wednesday, January 27, 2010

Who's fault is this?

27th January 2010


Hari ini, ana dikejutkan dengan berita khinzir yang dibungkus di dalam plastik dan ditinggalkan di 2 masjid.Satu di wilayah persekutuan dan satu di Petaling Jaya.Ana mula terfikir.Apakah natijahnya manusia melakukan perkara yang keji seperti ini.Bukankah kita mampu menangani masalah ini dengan lebih baik.Ana membuat spekulasi.Mungkin perkara ini berbangkit dari kes pihak gereja mahu menggunakan nama Allah bagi pihak mereka.The Herald Catholic[x pasti nmenye btol ke x] memfailkan kes ini pada awal Januari lalu dan berhakimkan seorang cina.

Bukan tujuan ana untuk membangkitkan isu perkauman.Negara kita bebas beragama.Tetapi untuk menggunakan nama Allah bagi pihak kamu,ketahuilah pihak kristian.Allah tuhan kami.Yang kami sembah dan tiada tuhan selainNYA.Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan.Tetapi pihak kamu membuat spekulasi bahawa Isa itu anak tuhan.Kami tidak mampu terima itu.Kerana kebenaran telah diperkatakan sendiri oleh Allah di dalam nasNYA;
"Katakanlah(Muhammad) Allah itu esa.Allah itu yang dituju(untuk meminta pertolongan).DIA tidak beranak dan tidak diperanakkan.Dan tiada satu pun yang menyerupai DIA"~alikhlas,1-4
Menurut kehakiman dalam islam juga,seorang hakim itu perlulah beragama islam.Khusus untuk mengendalikan perkara berkaitan agama islam.
"..Bagimu agama kamu, dan bagi ku agama ku"~alkafiruun,6
Teringat pula ana akan reaksi pada mula perkara ini mula tersebar.Kejadian membakar gereja berleluasa bermula 8 Januari 2010.Bukankah pada zaman rasulullah s.a.w dahulu telah Allah gariskan panduan untuk berperang.
  • Dilarang membunuh wanita dan orang tua juga kanak-kanak
  • Dilarang memusnahkan tumbuhan
  • Dilarang menyerang dan memusnahkan rumah ibadat orang kafir
Perkara ini jelas menunjukkan betapa pendeknya akal mereka dalam membuat pertimbangan.Mengikut perkiraan ana, mereka yang membakar gereja pada mulanya cetek penghayatan islam.Apakah perbuatannya itu dikira mempertahankan maruah islam?Lihatlah kesannya sekarang.Orang mula menyerang kembali mendakwa membalas kembali apa yang telah orang buat terhadap rumah ibadat mereka. Meluat pula ana mahu membaca berita tentang ini.

Kepada sahabat-sahabat,berfikirlah sebelum bertindak.Apakah perbuatan kita akan membawa kesan yang baik atau buruk.Diharap perkara ini tidak akan berlaku lagi.Bersama lah kita membendung masalah perpaduan ini.seperti kata pepatah inggeris
"United we stand, divided we fall"

2 comments:

masus10 said...

aah btol tu
asal cine lak jd peguam?
ceh

masus10 said...

aah btol tu
asal cine lak jd peguam?
ceh