BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Thursday, February 25, 2010

Kelahiran yang terpuji

"Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali".~riwayat Muslim
Pada ketika itu, Kota Makkah diserang oleh raja yang zalim bernama Abrahah.Namun allah lebih berkuasa ke atas kuasanya.RumahNYA dipelihara kesuciaannya agar tidak dicemari oleh anasir jahat raja yang zalim itu.Ya.Itulah kaabah.Rumah yang menjadi kiblat bagi semua umat islam di dunia pada hari ini.Allah telah menghantar Ababil untuk membinasakan angkatan tentera raja itu.Maka bergelimpanganlah raja itu bersama-sama tentera bergajahnya seperti daun-daun yang dimakan ulat.Kisah ini diceritakan oleh Allah sendiri dalam surah kelima alquran.
"Tidakkah kau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera bergajah(yang hendak meruntuhkan kaabah)?.Bukankah tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?.Dan Allah menghantar keatas mereka burung-burung yang berpasukan.Yang melontar kepada mereka batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras.Lalu hancurlah mereka"~alfil,1-5
Maka pada ketika itu, lahirlah seorang putera yang istimewa,yang dikurniakan Allah kemuliaan dan darjat yang tinggi.Dialah Muhammad.Utusan terakhir buat manusia seluruh alam.Kelahirannya membawa seribu keajaiban.Perubahan.Menyinari Kota Mekah dengan sinar cahaya kerahmatan yang MAHA PENCIPTA.

Sejak kelahirannya,tamadun islam berkembang ke seluruh pelusuk dunia.Mengajarkan manusia mengucap kalimah 'la ilaha illallah'.Membimbing manusia ke arah jalan hidup yang lebih sempurna.Syukran ya rasul allah.Jasamu tidak terkira banyaknya.Membawa kami mengenal tuhan yang satu.
"Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya."~alhasyr,7
Sempena sambutan maulidur rasul pada hari ini juga,marilah kita perbanyakkan selawat keatas junjungan besar saw.Semoga kita peroleh syafaat daripada baginda di akhirat kelak.

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."~alahzab,56

Wednesday, February 24, 2010

Nota hati...

24 Februari 2010


Hari ini hari rabu.Biasa sahaja.Awal pagi lagi memancarkan cahayanya.Tanda rahmat dari yg MAHA PENCIPTA.Ibu dari awal pagi tiada di rumah.Bergegas ke Shah Alam.Menyelesaikan masalah mahkamahnya.Ana la yang attend adik2 untuk mrk ke sekolah nanti.tengahari itu ibu beri ana rm50.Upah menaip surat mahkamah dia arie tu.huhu.dpt blanje untuk arie tbuka asrama nanti.
Lewat petang tadi Ridhwan call dari sekolahnya.Mahu cakap dengan ibu.Tapi ibu x de kat umah.So dia cakap la esok sekolah bg balik.Cis.SmapL ni stok cuti je.Dulu orng gile susa nk cuti.Lagi2 budak nk pekse.Lupe lak subsidi makanan asrama tahun ni dikurangkan.Padan la sekolah cuti je sabtu ahad.haha.Ridhwan turut mnceritakan dia dapat tempat ke 13 dalam road run anjuran sekolahnya.Ceh.Thn lps blagak erk dpt first.Amek kau.haha.Dia kata down sedikit.x pe la.Adat permainan memang begitu.
Tengahari tadi ana dapat surat.Dari Kolej Yayasan Melaka.x tahu mana mereka dapat alamat rumah.Mereka offer major dalam bidang management dan ict.
Ini sudah offer yang ke 4 ana terima sejak Januari lalu.Namun pilihan mana yang terbaik.Allah sahaja yang maha mengetahui.Ana cuma berharap Allah membimbing hati ini untuk memilih IPT yang terbaik untuk kehidupanku,agamaku,hidupku,dan matiku.
"Diwajibkan atas kamu berperang,
padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"~Albaqara,216
Malam ini ana ade klas lg.klas tuition.Tapi untuk darjah 5.adei.mesti saket tekak punye.confirm!

Sunday, February 21, 2010

Persediaan...

22 Februari 2010

Hari Isnin.hari permulaan kepada minggu yang baru.lewat pagi tadi orang kedai aircond datang rumah ana.Pasang aircond baru bilik ana.Yay!.Jerit adik2 ana.Nyenyak la mereka tidur malam ni.
Mahal ke tidak air cond ini ana x tahu.Sementara itu ana depan laptop bermain farville.hehe.ketagih suda.Esok ana ade kelas pada malam hari.Mungkin petang ini mahu buat persediaan untuk kelas malam esok.sambil mengira bile payday mahu smpai.hehe.lepas selesai kerja pemasangan air cond tu,bilik bersepah.aarrgghhh!baru sja kemas arie tu.vacuum la sket2.lg2 tempat nk solat.yg len2 tu.soh adek wt.hehe.x kn menumpang tido je dek.apa-apa pun ana harap hari esok lebih baik dr hari ini dan semalam.
'its bittersweet symphony,that's life!'

Monday, February 1, 2010

Berlabuhnya tirai Januari

Hmm.pejam celik pejam celik , hari sudah masuk bulan februari.Siapa sangka masa berlalu begitu cepat.Rasa seperti baru semalam habis menjawab SPM.Harus beringat.Umur semakin meningkat.Semakin hampir untuk kita menemui yang Maha Pencipta.

"Demi masa.Sesungguhnya manusia dalam kerugian.Kecuali yang beriman dan beramal soleh, serta berpesan-pesan kepada kepada kebenaran, juga berpesan-pesan kepada kesabaran"~al'asr,1-3
Kalau di review balik, banyak juga yang terjadi dalam bulan Januari.Bermula dari awal tahun, Muslim Malaysia dikejutkan dengan kes mahkamah berkenaan penggunaan nama Allah untuk pihak gereja.The herald Catholic telah memfailkan kes untuk menggunakan nama Allah dalam gereja mereka.Beberapa demonstrasi secara aman dijalankan di masjid-masjid selepas solat Jumaat.Rentetan kes itu juga, beberapa gereja dibakar oleh individu yang cetek pemikiran akalnya.Responnya, beberapa surau di Muar dibakar dan ada juga masjid yang ditinggalkan kepala khinzir hutan!~Astaghfirullah.Fikir dan bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka.

Toyyib.Perkara seterusnya ialah appointment braces.Alhamdulillah.Appointment braces berjalan dengan lancar sejak tamat bersekolah ini.Namun apa yang menyayat hati ialah ketika appointment ini jugalah ana mendapat berita tentang pemergian seorang sahabat.Innalillah.Sungguh, kasih Allah terhadap hambanya mengatasi kasih kita kepada sahabat kita.


Oh.Lupa pula.Start bulan ini juga adik-adik ana mula masuk Taekwondo.Kelakar juga kadang-kadang melihat mereka.Diharapkan mereka lebih berani dan berkeyakinan selepas memasuki taekwondo ini.Teringat pula ketika zaman muda-muda dahulu.ya.Ana dahulu masuk taekwondo juga.Tetapi sejak masuk asrama.Terasa malas.Naudzubillah.

Start bulan ini juga ana mula mengajar di Pusat Tuisyen Mawar.[tahu ke?].Mungkin bayarannya tidak seberapa.tetapi bersyukur tidak terikat dengan masa kerja.Pagi free.Malam sahaja bekerja.huhu.Siapa je yang bekerja seperti itu?cakap?hehe.


Akhir bulan pula ana mendapat laptop baru.Alhamdulillah.Setelah bergelumang dengan pc yang memang cukup lama itu.Ayah kata pc itu sudah lama berdamping denganku seawal 3 tahun.Jadi dengan pc itulah ana mula mengenali dunia perkomputeran.ceh.laptop ini kata ayah lagi untuk kegunaan ku ketika foundation studies nanti.Inshaallah.Akan ku capai menara gading itu.Tapi buat masa sekarang ini, jadi bahan mainan adik-adik je la.hmmm


Pada bulan ini juga ana mendapat tawaran pengajian asasi di Universiti Teknologi Petronas.Mungkin terlalu awal kelas tersebut bermula.penilaiannya juga berasaskan percubaan SPM dahulu.Pada mulanya ana agak ragu-ragu untuk membuat keputusan samada menolak atau menerima tawaran tersebut.Tawaran pengajian Kejuruteraan Sivil.Ah tidak mahu aku.Emak sebagai graduan Civil engineer juga tidak berapa menggalakkan.Katanya nanti susah cari kerja.

Hmm begitulah perjalanan januari pada tahun ini.Mungkin tidak berapa banya pengalaman tetapi bersyukur masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk bernafas sehingga saat ini.
"Ya Allah.Panjangkanlah umurku dalam mentaatiMU dan mentaati rasulMU"